Roy Hodgson tidak mahu menjadikan ketiadaan pemain utama mereka Wilfred Zaha sebagai alasan pasukan mereka menjadi lesu dalam padang.
Zaha tercedera ketika latihan pada jumaat lalu dan terpaksa direhatkan ketika menentang Southampton. Crystal Palace tewas 0-2 dalam perlawanan tersebut.
Ini adalah kekalahan ke-3 mereka musim ini dalam 4 perlawanan awal EPL.
Zaha dalam prestasi terbaik pada musim lalu dan awal musim ini dengan pergerakan yang bertenaga di dalam padang.
Ia pastinya kehilangan yang besar untuk Palace. Namun begitu, Roy Hodgson enggan menjadikannya alasan kekalahan mereka.
Ini kerana tanpa Zaha, Crystal Palace tetap mencipta beberapa peluang gol. Cuma masalah mereka adalah tidak tajam di hadapan gol.
Benteke mempersia-siakan banyak peluang gol, bukan sahaja dalam perlawanan ini malah dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
Hodgson mahu pasukannya tidak terlalu bergantung kepada seorang pemain. Namun statistik musim lalu menyatakan, setiap kali Zaha tidak beraksi, Crystal Palace akan dalam masalah.
Palace without Zaha last season. #CPFC pic.twitter.com/TpmIcPiVRl
— Ben Dinnery (@BenDinnery) September 1, 2018
“Ya, sudah tentunya saya sedar akan rekod itu, tetapi saya tidak tahu apa yang boleh saya lakukan tentangnya.”
“Sudah tiba masanya kita bermain tanpa Wilf dan menang. Sudah tiba masanya kami melakukan semua itu.”
“Semua orang ada hak untuk mengingatkan kami akan rekod tersebut dan rekod itu membuatkan seluruh pasukan ini kalah.”
24 – Wilfried Zaha is now Crystal Palace's top scorer in Premier League history (24), overtaking Chris Armstrong who netted 23 goals in the competition for the Eagles. Inspired. pic.twitter.com/pYKNcBZsH1
— OptaJoe (@OptaJoe) August 26, 2018
“Ataupun dalam kepala semua orang dalam skuad ini, mereka membawa beg kertas dengan rekod tersebut, kerana itu adalah fakta.”
“Sekali lagi dia tidak dapat bermain hari ini dan sekali lagi kami tidak menang, jadi itu adalah fakta.
“Yang pasti, kami harus belajar untuk bermain tanpa beliau dan kami akan terus bekerja keras untuk memastikan beberapa fakta tidak menghantui kami.”
“Ini kerana ada beberapa perlawanan lagi, Wilf Zaha tidak akan bermain. Dan saya mahu kami semua berfikir bahawa kami cukup bagus sebagai sebuah pasukan dan juga sebagai sebuah skuad, untuk menang perlawanan tanpa beliau.”