JDT Umum Penamatan Kontrak Bintang Muda Negara, Hadi Fayyadh

Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards hari ini telah mengumumkan bintang muda skuad bawah 19 tahun negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak telah ditamatkan kontrak serta-merta.

Menurut satu kenyataan di laman facebook rasmi JOHOR Southern Tigers (JST), Alistair menjelaskan Hadi dilepaskan bagi membolehkannya membuat pilihan sendiri untuk kerjaya bola sepaknya.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melepaskan Hadi Fayyadh Abdul Razak bagi membolehkan beliau meneroka pilihan lain.

“Kontrak beliau telah ditamatkan bulan lalu disebabkan oleh kesungguhan beliau untuk ke Jepun dan kami memutuskan bahawa dengan menamatkan kontrak tersebut ia akan membolehkan Hadi Fayyadh untuk membuat sebarang rundingan kontrak dengan pihak lain tanpa terikat dengan JDT,” katanya.

Bulan lepas, pemain yang berusia 18 tahun itu berangkat ke Jepun bagi menjalani sesi ujian bersama kelab divisyen 2 J-League, Roasso Kumamoto. Beliau yang berangkat pada hari Ahad berada di sana selama 6 hari dan terus menyertai skuad sukan Asia di Indonesia sejurus tiba di Kuala Lumpur.

“Saya begitu gembira apabila terpilih untuk menjalani latihan bersama Roasso Kumamoto di Jepun dan saya berterima kasih kepada pihak Yakult Malaysia yang membantu dalam urusan saya ke sana.

“Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya, JDTII kerana memberi pelepasan untuk saya menjalani latihan di sana.

“Ini adalah satu pengalaman yang berharga dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh sepanjang tempoh latihan untuk mengutip sebanyak mana ilmu yang mungkin,” katanya kepada Berita Harian.

Hadi Fayyadh adalah antara pemain termuda yang dipanggil ke kem latihan pusat skuad bawah 23 tahun. (Gambar: FAM)

Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada menjelaskan persembahan memberangsangkan yang diperagakan Hadi pada aksi Piala Sanix, Mac lalu berjaya menarik minat pasukan terbabit.

Namun sehingga artikel ini ditulis, masih tiada kenyataan rasmi daripada kelab jepun terbabit mengenai perpindahan Hadi Fayyadh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN