Badhri Radzi ‘Ikat Perut’ Tujuh Bulan Tunggu Bayaran Gaji Daripada KAFA

Gaji

Bekas kapten Kelantan, Badhri Radzi mendakwa telah mengikat perut selama tujuh bulan gara-gera kerana kegagalan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) melunaskan tunggakan gajinya yang dianggarkan kira-kiran RM150,000.

Beliau bercakap kepada Berita Harian, mendedahkan hanya menerima gaji terakhir pada April walaupun kontraknya sah hingga bulan lalu.

“Sekarang ini KAFA kata apa yang saya bagi (sumbangkan) kepada mereka, masalahnya apa yang KAFA 2018 buat pada saya? Saya dapat separuh gaji pada April dan sampai ke hari ini tak dibayar gaji.

“Kalau kata saya tak bagi apa pada KAFA, sebelum ini saya sudah sumbangkan apa yang sepatutnya, bawa balik tiga piala untuk KAFA yang lama, tapi KAFA 2018 ini buat saya macam sampah,” katanya.

kapten, piya
Kapten Kelantan, Badhri Radzi. Foto: NSTP

Piya disisihkan daripada pasukan Kelantan ketika skuad itu dikendalikan oleh Fajer Ebrahim pada April lalu. Malah, beliau terpaksa mengikat ‘perut’ hampir tujuh bulan menunggu pembayaran gaji daripada KAFA.

Tidak melanggar syarat perjanjian dalam kontrak 

Bagaimanapun, Badhri menafikan kenyataan daripada Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan yang mendakwa pemain itu telah melanggar salah satu perjanjian dalam kontrak kerana mengeluarkan kenyataan di media.

“Kontrak saya dengan KAFA sudah tamat bulan lalu, jadi saya tidak melanggar mana-mana kontrak,” jelas Piya sebagai menjawab dakwaan Bibi.

“Sebelum ini pun beliau (Bibi) buat kenyataan yang jurulatih, Fajer tidak perlukan khidmat Piya dan Apek (Khairul Fahmi Che Mat), sepatutnya bincang dulu (dengan kami). Tapi panggil pun tidak, beliau hanya bagi kenyataan dalam akhbar.

“Kalau dia panggil saya tiada masalah untuk bincang. Mengenai tunggakan gaji ini saya sudah laporkan kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) melalui Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dan harap ia akan diselesaikan dengan baik, saya cuma nak hak saya.” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN