Bader al-Mutawa Kini Pemain Kaps Terbanyak Di Dunia, Bagaimana Chin Aun?

Bader al-Mutawa Soh Chin Aun
Mbappé on joining Ronaldo Nazario, Cristiano & Benzema in UCL hat-trick history Loading official content
Mbappé on joining Ronaldo Nazario, Cristiano & Benzema in UCL hat-trick history
Check out Kylian Mbappé's reactions after his hat-trick in the Champions League play-offs second leg against Manchester City.
0 seconds of 57 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Ancelotti: 'Mbappé can reach Cristiano Ronaldo's level at Real Madrid'
00:31
00:00
00:57
00:57
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Ancelotti: 'Mbappé can reach Cristiano Ronaldo's level at Real Madrid' Guardiola on UCL defeat: 'The best team won, they deserved it' Indian Super League: Hyderabad 0-0 Mumbai City Man City squad training ahead of Real Madrid in the UCL Slot sees experience as key to Liverpool FC’s title ambitions Pitchside Angle: Pato nets brace as Borneo beat Barito Putera The best of Vitinha at PSG Pitchside Angle: Madura United hammer Dewa United 3-1 Rodgers calls for fearless play from Celtic against Bayern Munich Minamino's goal and assists in Nantes big victory João Félix reveals the meaning behind his nickname Jota's first goal back at Celtic Park Davies is back in team training ahead of Celtic clash Amorim says his job is 'so hard' after loss at Tottenham leaves United 15th Biereth grabs another hat-trick as Monaco thrash Nantes Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pemain veteran Kuwait, Bader al-Mutawa akhirnya telah dinobat sebagai pemegang rekod pemain kaps terbanyak di dunia apabila meraih kaps ke-185, pada Jumaat lalu.

Dalam pusingan kelayakan Piala Arab, Kuwait telah tewas 0-2 kepada Bahrain yang menyebabkan mereka tidak layak untuk beraksi di kejohanan edisi ke-10 itu. Apa itu Piala Arab? Anda boleh baca lebih lanjut artikel mengenai Piala Arab 2021 di SINI.

Pemain tengah, Ahmed Hassan merupakan pemegang rekod tersebut sebelum ini dengan 184 kaps bersama Mesir sepanjang kariernya sejak 1995 hingga 2012. Beliau juga dianggap sebagai antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak Afrika.

Rekod baharu ini dijangka bakal dipecahkan oleh beberapa pemain terbaik dunia antaranya kapten Portugal, Cristiano Ronaldo yang akan meraih kaps ke-179.

Portugal dijangka melalui empat lagi perlawanan jika layak ke pentas akhir Euro 2021. Mereka bakal bertemu Belgium dalam pusingan 16 terbaik kejohanan pada Ahad.

Selain Ronaldo yang kini berusia 36 tahun, seorang lagi pemain yang boleh memecah rekod baharu al-Mutawa adalah Sergio Ramos yang tidak beraksi di Euro kali ini. Beliau yang digugurkan oleh pengendali, Luis Enrique kini sedang memegang 180 kaps.

Al-Mutawa telah memulakan karier antarabangsanya bersama skuad Kuwait pada 4 September 2003 di pusingan kelayakan Piala Asia 2004 pada usia 18 tahun 237 hari. Sejak debutnya, beliau telah berdepan dengan 44 negara dan menjaringkan 54 gol.

Banyak pihak yang berkata lagenda bola sepak negara, Dato’ Soh Chin Ann sebagai pemegang kaps terbanyak di dunia dengan 221 kaps bersama skuad kebangsaan.

Begitupun, perkara ini sukar untuk disahkan kerana berdasarkan rekod FIFA Century Club yang dikeluarkan oleh FIFA untuk pemain-pemain di dunia yang telah memiliki 100 kaps dan lebih, nama Soh Chin Ann dilihat tidak langsung tersenarai.

 

Untuk rekod, hanya tiga lagenda bola sepak negara yang tersenarai dalam senarai tersebut iaitu Datuk Shukor Salleh, Datuk Mokhtar Dahari dan Datuk R. Arumugam.

Shukor Salleh muncul pemain terbanyak meraih penampilan bersama skuad Harimau Malaya, iaitu sebanyak 163 penampilan bermula dari 1970 hingga 1981. Mokhtar Dahari pula mengumpul 138 kaps dalam tempoh 14 tahun bermula 1972 hingga 1985.

Penjaga gol skuad kebangsaan, Arumugam pula menjadi pemain negara ketiga dalam senarai tersebut dengan 131 penampilan sejak 1973 hingga 1986. Setakat ini, belum ada nama Soh Chin Aun dalam senarai tersebut sehingga kaps tersebut disahkan FIFA.

Berdasarkan beberapa maklumat, Soh Chin Ann dijangka akan memintas semua rekod tersebut, jika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bertindak menghantar maklumat terkini mengenai 198 kaps bekas pemain pertahanan tengah Harimau Malaya itu.

Perkara tersebut telah dibawa ke pengetahuan FAM sejak awal tahun lalu oleh Roberto Mamrud, pengumpul data pemain setiap negara dan jika pemain itu memiliki lebih 100 kaps, beliau akan usahakan untuk senaraikan pemain itu ke FIFA Century Club.

Baca lagi artikel lain yang mungkin menarik perhatian anda minggu ini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN