Baddrol Mahu Tebus Kekecewaan 2 Tahun Lalu

Kapten pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar menyatakan beliau enggan kecewa sekali lagi dalam aksi final menentang JDT.

Ini selepas, pada tahun 2017, Kedah tumpas 2-0 di tangan JDT dalam aksi final Piala Malaysia. Dan ia merupakan kejuaraan Piala Malaysia sulung untuk JDT.

Lantas, Baddrol Bakhtiar mahu menggunakan peluang dalam aksi final pada malam ini untuk menebus kehampaan mereka – tewas di tangan JDT sebelum ini.

Baddrol sangat berharap agar rezeki kali ini memihak kepada pasukan Kedah.

Dipetik dari Berita Harian, Baddrol berkata: “Mungkin ini peluang terbaik saya. Seterusnya, kejuaraan Piala Malaysia juga menjadi sasaran saya.”

“Saya berharap rezeki kali ini memihak kita [Kedah].”

Baddrol menjangkakan pertarungan di tengah akan menjadi sengit.

“Persaingan yang sengit akan berlaku di tengah dan saya perlu bekerja keras untuk mengekang para pemain JDT.”

“Saya akan menunjukkan semangat juang yang tinggi berhadapan dengan JDT.”

Kedah akan turun tanpa 2 tonggak penting iaitu Rizal Ghazali dan Renan Alves.

Baddrol menganggap kehilangan pemain seperti Rizal Ghazali akan dirasai oleh Kedah pada final kali ini.

“Ada sedikit perbezaan daripada final Piala FA kerana kali ini, kita turut kehilangan Rizal. Bagi saya, ini adalah perlawanan yang sukar tetapi motivasi kami tetap sama untuk satu tujuan.”

Baddrol

“Kami akan berusaha memberikan yang terbaik dan bermain bermati matian untuk perlawanan malam final.”

Kedah merupakan pasukan yang boleh digelar pakar final untuk Piala Malaysia dalam 5 musim terakhir ini. Di mana mereka sudah mara dalam 4 final daripada 5 edisi Piala Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN