Dua ikon bola sepak negeri Kedah Darul Aman iaitu Baddrol Bakhtiar bersama Radhi Mat Din dilaporkan bakal menjadi calon untuk parti Perikatan Nasional (PN) bagi mengharungi Pilihanraya Negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Kenyataan ini disahkan sendiri oleh Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga merupakan Menter Besar Kedah menerusi satu kenyataan dikeluarkan untuk melaporkan calon-calon bakal bertanding.
TERKINI: Baddrol Bakhtiar Tinggalkan Sabah, Kembali Semula Ke Kedah
Walaupun tidak menyatakan nama Baddrol serta Radhi Mat Din secara terang-terangan, semua pun mengetahui siapa calon yang disebut oleh Sanusi untuk PRN akan datang.
Selain mempertaruhkan dua bekas pemain bola sepak tersebut, Sanusi turut menyatakan mereka menyenaraikan ahli akademik bertaraf profesor untuk mengukuhkan lagi nama PN pada pilihanraya kali ini.
“Tuan-tuan sekalian, (pada) 12 Ogos undilah Perikatan Nasional (untuk) musim kedua perpindahan (penggal baharu), kita akan ada dua profesor untuk mewakili kita, player (pemain) bola ada dah dua ustaz (dan) ulama tak payah kira (memang banyak),dan seorang panglima (akan) duduk di hadapan (mengetuai senarai calon itu),” kata Sanusi menerusi kenyataan dikeluarkan oleh Astro Awani.
Untuk rekod, Baddrol mencipta kejutan pada pertengahan musim ini dalam saingan Liga Super 2023, selepas beliau menamatkan kontrak lebih awal bersama Sabah tatkala sedang mengecapi musim gemilang di sana.
Nama Baddrol tidak boleh dipertikaikan lagi dalam dunia bola sepak peringkat domestik atau antarabangsa, ekoran jasa yang disumbangkan beliau jelas terlalu besar.
Malah, Baddrol juga menjadi antara pemain tempatan yang sudah merasai semua kejuaraan peringkat domestik sepanjang karier beliau selaku pemain profesional.
Walaupun menikmati musim-musim akhir di Sabah, karier Baddrol jelas sangat diingati ketika pemain tersebut mewakili Kedah sejak awal pembangunan lagi.
Bersama Kedah, Baddrol menjadi antara pemain yang melakar sejarah ‘double trebel’ dan menjadikan Sang Kenari suatu ketika cukup digeruni dalam dunia bola sepak tempatan.
Meletakkan Baddrol selaku calon PN, ianya dianggap sebagai suatu langkah berani dibuat oleh Sanusi sert sangat bijak, ekoran pemain ini mempunyai pengaruh sangat besar dalam kalangan rakyat Kedah.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor memberi bayangan 2 bekas pemain bola sepak akan menjadi calon Perikatan Nasional di PRN Kedah.
Nama-nama yang bakal disebut antara calon yang akan bertanding pada 12 ogos ini adalah Baddrol Bakhtiar dan Radhi Mat Din.
Kedua-duanya… pic.twitter.com/VVeVF8wNrm
— OH! MEDIA (@ohtweet) July 21, 2023
Radhi pula, beliau merupakan pemain yang sangat hebat pada eranya dan terlebih dahulu menyertai kancah politik sejak tahun 2018 sebagai calon Parti Islam Se-Malaysia sebelum tumbang kepada Mahfuz Omar yang mewakili AMANAH.
Pastinya pertaruhan Sanusi kali ini adalah untuk memastikan setiap calon dipertandingkan mempunyai kepelbagaian latar belakang serta mampu menarik hati rakyat Kedah untuk terus dipimpin oleh PN.