Baddrol Bakhtiar Puji Langkah Berani FAM & MFL Bariskan Pengadil Dari Jepun

Baddrol

Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar menghamburkan pujian kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) selepas berani membuat keputusan meletakkan tiga pengadil dari Jepun di pentas Shopee Piala FA 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Jelas Baddrol, dia optimis kehadiran pegawai pertandingan daripada negara Asia itu bukan sahaja membuka mata ramai pihak sebaliknya turut mengajar pemain-pemain khususnya pemain dari Kedah dan Perak.

Di sebalik kemenangan skuad Helang Merah tersebut, pemerhati bola sepak turut memuji persembahan pengadil utama, Tukato Okabe yang turut dibantu dua penjaga garisan, Yagi Akane dan Nomura Osamu boleh dianggap cemerlang sepanjang perlawanan.

Ketika ditanya pengalaman bermain dengan kelibat pengadil asing buat julung kali, Baddrol mengakui ketenangan Okabe dalam menilai setiap insiden membuatkannya semakin teruja untuk beraksi dengan lebih baik.

“Saya mahu memuji (prestasi) pengadil malam ini (semalam) kerana beliau begitu pandai mengendalikan perlawanan.

“Apa yang pasti, pemain-pemain Kedah dan Perak sedikit sebanyak dapat mempelajari sesuatu daripara beliau,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.

Kelmarin, Kedah dinobatkan sebagai juara baharu Shopee Piala FA 2019 selepas menewaskan Kedah hasil jaringan tunggal pemain muda, Fazrul Danel Mohd Nizam pada minit ke-105.

Kemenangan yang menghadiahkan kejuaraan Piala FA kali kelima buat skuad Lang Merah tersebut sejak tahun 1990.

Kredit foto: MFL 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN