Sudahlah baju dihiasi tulisan Getir iaitu penaja ‘training kit’ Tottenham Hotspurs musim ini, di belakang salah satu gambar sesi gym Spurs tersebut pula berlatar belakangkan dinding yang ada tertulis ‘Kedah FA – ACL’.
Bukan hanya Kedah, pelbagai lagi tulisan lain yang berada di dinding tersebut yang mungkin menjadi dinding luahan buat para penyokong yang pernah menentang FC Seoul di Stadium Piala Dunia Seoul di Korea Selatan.
Tottenham kini berada di Korea Selatan bagi siri Jelajah Korea Selatan yang akan menemukan mereka dengan Pilihan Korea dan wakil La Liga, Sevilla pada 13 dan 16 Julai sebelum mereka ke Scotland bertemu Rangers.
Son Heung-min Jadi Penyambut Tetamu Rai Kedatangan Skuad Tottenham Di Korea Selatan
Spurs turun berlatih petang tadi untuk sesi pertama mereka sejak tiba di Korea Selatan pada hari sebelumnya.
Apa yang menarik perhatian adalah beberapa keping gambar ketika sesi gym di mana dapat dilihat penyerang sensasi Spurs dan England, Harry Kane bersama penjaga gol, Hugo Lloris sedang mengayuh exercise bicycle.
Namun, bukanlah itu yang menarik perhatian. Tetapi dinding ‘background’ gym tersebut yang lebih mencuri tumpuan. Terdapat tulisan ‘Kedah FA, ACL FC Seoul vs Kedah FA, 28/01/2020, Pulun Kedah Pulun’ di dinding.
Ia membawa kita kembali kepada saat getir Kedah untuk melepasi pusingan kelayakan ke AFC Champions League (ACL) 2020 di mana pusingan playoff terakhir menemukan mereka dengan wakil K-League, FC Seoul.
Sebagaimana tulisan di ‘training kot’ Spurs tertulis Getir, begitu jugalah perjalanan Kedah untuk layak ke ACL.
🇲🇾 @official_kedahfa journey in the @TheAFCCL ends after a defeat 🇰🇷 @fcseoul. Red card to Renan Alves turned the playoff in favour of the home side.
.#Kedah #ACL2020 #RenanAlves pic.twitter.com/j3xUU1UsEV— GOAL Asia (@GOALasia) January 28, 2020
Kedah tumbang 1-4 dalam perlawanan yang jika menang bakal membawa mereka ke peringkat kumpulan. Ia juga kenangan pahit buat bek tengah Kedah Darul Aman FC, Renan Alves yang dilayangkan kad merah.
Sebelum layangan kad merah tersebut pada minit ke-36, penjaga gol baharu Sang Kenari ketika itu, Shahril Saari telah melakukan deretan aksi menyelamat yang menyaksikan mereka tidak dibolosi lebih setengah jam aksi.
Selepas Renan didapati menyentuh bola dengan tangan di dalam kotak penalti dan di buang padang, mudah tugas untuk FC Seoul untuk berkenduri gol ke atas wakil Malaysia itu yang boleh dikatakan berhajat besar selepas menewaskan wakil Hong Kong, Tai Po FC 5-1 di pusingan kedua kelayakan, seminggu sebelum itu.
Ia menjadi sejarah terbesar buat Kedah setakat ini dan adakah mereka mampu untuk mengulanginya lagi?
Pastinya gambar Spurs itu mengimbau kenangan penyokong Kedah yang berada di sana saat itu. Buat ‘anda’ yang telah menulis di dinding itu, kira-kira dua tahun lalu, tulisan anda kini telah menjelajah ke serata dunia.