Selangor mempunyai misi besar untuk musim 2020. Menurut laporan dari Bernama pada hari ini, B. Satiananthan menyasarkan skuad The Red Giants layak ke saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada musim 2021.
Malah pengendali berusia 61 tahun itu mahu perkara itu menjadi matlamat utama pasukannya menjelang sepak mula saingan Liga Malaysia pada bulan Februari tahun depan.
“Memandangkan AFC ada membuka ruang untuk pasukan negara kita, jadi sasaran kita adalah untuk mencapai matlamat yang utama dengan melayakkan diri dalam saingan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Matlamat untuk layak ke saingan ACL 2021 ternyata matlamat yang amat mencabar.
Ini kerana AFC hanya memperuntukkan satu slot ke peringkat kumpulan saingan tersebut pada musim hadapan.
Ini bermakna untuk merealisasikan matlamat beraksi di ACL 2021, Selangor harus bersaing dengan JDT yang merupakan pilihan utama untuk muncul juara Liga Super – setelah melakukannya selama enam musim berturut-turut sebelum ini.
Gambar-gambar sekitar Majlis Pengenalan Skuad Selangor 2020!
Comment di bawah nama pemain kegemaran anda! ?
#RedGiants
#KitaAdalahSatu
#SelangorPower
?: asiana.my – All Sports Images And News AgencyPosted by FA Selangor on Sunday, December 15, 2019
Pada musim lalu, Selangor menduduki kedudukan ke-3 Liga Super, pada musim pertama pasukan itu di bawah kendalian Satiananthan.
Mengenai persiapan untuk musim 2020, Satiananthan turut mengesahkan hanya Syahmi Safari yang belum kembali menjalani latihan selepas penglibatan pemain tersebut di Sukan SEA sebelum ini.
Syahmi dijadualkan untuk melaporkan diri pada Januari nanti. Beliau juga meluahkan rasa puas hati dengan komitmen yang ditampilkan pemain import, Safuwan Baharudin yang baharu menyertai Selangor dari Pahang,