B. Sathianathan Kritik Permukaan Padang, Punca Selangor Gagal Pamer Permainan Sebenar

Selangor FA gagal memanfaatkan peluang beraksi di tempat sendiri di Stadium Shah Alam dalam pertandingan peringkat kumpulan Piala Malaysia pada malam tadi, apabila sekadar diikat PDRM FA 1-1.

Keputusan seri menentang The Cops adalah keputusan kedua yang menyaksikan Selangor mencatat keputusan seri di gelanggang sendiri di pertandingan tersebut musim ini, selepas tiga perlawanan berlangsung.

Menentang Felda United di perlawanan pertama Kumpulan D di tempat sendiri, Selangor mencatatkan keputusan seri 2-2. Bagaimanapun anak buah Sathianathan berjaya merekodkan kemenangan ketika berkungjung ke Stadium Hang Jebat, menewaskan Melaka United 1-0 pada 8 Ogos lalu.

Bercakap kepada media MFL selepas tamat perlawanan, Sathianathan dipetik sebagai berkata:

“Permukaan padang, terutamanya [padang]. Kami tidak boleh melakukan hantaran, tidak boleh bermain bola sepak seprti yang biasa kami pamerkan,” ujar Sathianathan.

“Kami harus bekerja lebih keras, lebih banyak memberikan fokus kepada bongol [di padang], dan ia mempengaruhi permainan kami.

“Mana-mana permukaan padang sebegini akan mempengaruhi permainan kami,” jelas beliau.

Bagi pengendali PDRM FA, E. Elavarasan beliau meluahkan rasa bangga kerana berjaya meraih 1 mata menentang pasukan dari Liga Super seperti Selangor.

“Pemain lebih fokus menentang Selangor. Mereka bersaing di setiap sudut permainan. Menentang pasukan dari Liga Super, pemain memberikan lebih fokus kepada permainan.

“Babak pertama pada saya ialah 50-50. Separuh masa kedua kami lebih banyak bertahan, Selangor menguasai permainan. Perkara positif ialah kami berjaya mengambil kesempatan dari gerakan set-pieces,” jelas beliau.

Dalam perlawanan yang berlangsung pada malam tadi, Selangor mendahului permainan pada minit ke-52 menerusi percubaan Sandro da Silva dari dalam kotak penalti.

Namun kelebihan tersebut hanya bertahan selama tujuh minit, sebelum Argzim Redzovic menyamakan kedudukan selepas menanduk masuk sepakan percuma rakan sepasukan.

Selangor kekal pilihan untuk mara ke pusingan seterusnya, menduduki tangga kedua Kumpulan D dengan lima mata, diikuti PDRM di belakang dengan empat mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN