Quantcast

BERITA

B. Sathianathan Akui JDT Pasukan Yang Lebih Baik Berbanding Selangor

Tewas 3-0 kepada JDT di Shah Alam, Ketua Jurulatih Selangor, B. Sathianathan mengakui juarang kualiti pemain diantara kedua-dua pasukan adalah antara faktor kekalahan itu.

Bercakap kepada pemberita selepas tamat perlawanan semalam Sathianathan mengakui pasukan kendaliannya tidak bermain dengan baik dan JDT adalah pasukan yang lebih baik sepanjang perlawanan.

“Game itu dikawal oleh JDT. Kita [Selangor] ada banyak peluang juga pada separuh masa kedua, tetapi kita tidak mengambil peluang itu. Bola sepak memang begini. Kalau tidak ambil peluang, kita akan kalah,” ujar beliau.

POST MATCH SATHIA #SELJDT

“Kota Rom tidak dibina dalam masa satu hari,”

Berikut merupakan rumusan keseluruhan daripada B.Satianathan, ketua jurulatih Selangor selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia #SELJDT di Shah Alam sebentar tadi.

#PialaMalaysia2019
#MFLLive

Posted by Malaysian Football League on Saturday, October 26, 2019

“Perlawanan tadi kita tidak boleh berkata tidak bernasib baik. Saya kena mengaku jurang itu berbeza dari segi teamwork dan sebagainya.”

Sathianathan juga mengakui JDT selayaknya mara ke perlawanan akhir berdasarkan prestasi yang ditampilkan. Beliau juga seperti kurang berpuas hati dengan prestasi sebahagian anak buahnya.

“Tidak konsisten. Ada pemain yang perlu memperbaiki tahap kecergasan. Banyak faktor [mempengaruhi permainan]. Reaksi pemain kita agak lambat. Pemain-pemain JDT jika diberikan ruang dan masa, sudah tentu mereka senang-senang menembusi bahagian pertahanan,” jelas beliau lagi.

 

SOROTAN PERLAWANAN SF2

Johor Darul Ta’zim membenam Selangor 3-0 pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi sekali gus mara ke final dengan agregat 5-1.

Harimau Selatan bermula dengan garang melalui beberapa percubaan namun dapat diselamatkan skuad The Red Giants.

Seakan tidak mahu melepaskan peluang, Johor Darul Ta’zim akhirnya membuka gol pembukaan pada minit ke-25 menerusi Safawi Rasid.

Bersambung babak kedua, Selangor cuba untuk bangkit namun tergamam apabila Safawi sekali lagi menewaskan penjaga gol Selangor, Khairul Azhan Khalid pada minit ke-46.

Berkelebihan agregat 4-1, skuad Harimau Selatan terus mengganas apabila mereka memperolehi jaringan ketiga menerusi Safawi yang menyempurnakan hantaran Cabrera sekali gus membolehkan beliau melengkapkan hatriknya pada minit ke-51.

#PialaMalaysia2019

Posted by Malaysian Football League on Saturday, October 26, 2019

Mengenai pencapaian keseluruhan Selangor pada musim ini, Sathianathan berkata sebelum ini tidak ada sesiapa berani bertaruh Selangor akan menduduki tangga ke-3 atau pun mara sehingga separuh akhir Piala Malaysia. Tetapi ini masih lagi sebahagian daripada proses projek di Selangor.

Menurut Sathianathan lagi kesemua pemain Selangor akan diberikan cuti selama 3-4 minggu sebelum persediaan untuk menghadapi saingan musim hadapan bermula kembali.