Quantcast

ANALISIS TAKTIKAL

Analisis Taktikal: Selangor Termakan Umpan Diogo Sebagai ‘Decoy No.9’

Selangor tewas 0-3 di tangan JDT dalam aksi kedua separuh akhir Piala Malaysia.

Kali ini kami fokus kepada peranan Diogo. Rasanya telah banyak kredit kepada Safawi Rasid diterima dari semalam. Jadi, biarlah analisis kali ini menekankan kenapa Diogo menjadi kunci yang membuka pintu kepada hatrik Safawi serta membuka ‘flood gate’ Selangor.

Anda juga boleh baca analisis saya tentang larian Safawi Rasid dan juga visi Afiq Fazail di sini:

Struktur

Selangor menggunakan formasi 4-2-3-1 dengan menjadikan Sandro sebagai pemain no.10.

Sementara pasukan JDT menggunakan formasi 4-3-3 yang biasa mereka gunakan.

Diogo sebagai decoy no.9

JDT menjadikan Diogo sebagai pemain no.9 yang bertindak sebagai umpan untuk menarik keluar ‘marker’. Ini kerana Mora menjangkakan bahawa Selangor akan bermain ‘tight man marking’ ke atas Diogo.

Perkataan decoy itu sendiri bermaksud umpan.

Decoy no.9 bermakna, pemain itu akan lebih mengutamakan membuka peluang kepada pemain di sekitar beliau. Menerima bola dan melorongkannya.

Konsep yang sama dengan sistem false no.9. Cuma untuk Diogo, anda tak boleh panggil dia false 9 sebab dia memang no.9 tulen.

Ternyata taktik itu berjaya. Terutama sekali ketika mendapatkan gol ketiga JDT, di mana dengan kelas Diogo menarik keluar Michal Nguyen mahupun Taylor Reagan dan membuka ruang di belakang.

Namun dalam perlawanan ini, boleh dikatakan Michal Nguyen paling ketara menjadi orang yang merantai Diogo.

Boleh dikatakan Michal telah cuba melakukan tugas mereka sebaik mungkin untuk cepat merapati (closing down Diogo), namun masalah utama mereka adalah ruang halfspace mereka sentiasa terbuka.

Diogo tidak akan berusaha untuk melakukan turn yang menuju kepada gol, tetapi banyak bermain lay off bola kepada rakan-rakan di kiri, kanan mahupun di belakangnya.

Ini gol pertama ketika Taylor Reagan memakan umpan tersebut.

Anda boleh lihat ia secara video di sini:

Rasanya tak perlu saya nak ulas kembali konsep yang mereka gunakan untuk gol kedua. Ianya sama, Diogo decoying – Safawi menyerang ruang yang terbiar di belakang – Afiq menghantar sahaja bola ke ruang itu.

Cuma dalam gol kedua ini, Safawi lebih menggunakan aspek teknik sepakan yang melencongkan bola itu. Memang kepakaran yang ada pada beliau. Gol pertama lebih kepada kederasan bola dan tiada curl pada bola itu kalau anda perhatikan.

Jika anda amati kembali, ada 2 pemain yang cuba melakukan tracking pada saat Safawi menyerang bola iaitu Michal  Nguyen untuk gol pertama dan juga Prabakaran untuk gol kedua.

Namun kedua-dua mereka tidak ada kelebihan secara body positioning. Mereka berdua boleh dikatakan outplayed.

Kegagalan Selangor mengekang decoy no.9

Sebenarnya decoy no.9 ini mirip kepada false 9. Bezanya mereka tidak selincah false 9 yang boleh berputar dan melakukan gelecekan. Ini kerana decoy no.9 biasanya pemain no.9 tulen.

Anda boleh baca analisis lama kami tentang bagaimana Olivier Giroud menjadi decoy no.9 ketika Piala Eropah 2016.

Anda boleh baca analisis penuh di sini:

Bagaimana nak mengekang decoy no.9?

Ada sesetengah decoy no.9 akan berada di dalam kotak penalti, menerima bola dan melorongkannya kepada rakan. Itu yang kerap dilakukan oleh pemain seperti Giroud ataupun Andy Carroll satu ketika dahulu.

Jadi mengarahkan bek tengah melekat dekat mereka sebenarnya akan membuatkan anda kehilangan kawalan ataupun perhatian kepada pemain lain.

Ini kerana mereka sebenarnya outlet ataupun pembekal bola akhir kepada rakan mereka setiap kali menerima bola.

Namun ada decoy no.9 yang turun ke bawah sedikit dan bergerak seperti floating attacker.

Dalam kes Diogo, beliau adalah contoh terbaik floating attacker ataupun penyerang yang berlegar di zon 14. Jadi, mengarahkan bek tengah untuk melakukan tekanan (pressuring) awal ke arah mereka dengan sistem tight man-marking, pada pandangan kami bukan perkara yang tidak bagus.

Kajian kes di Liga Malaysia kami pernah buat apabila Felda United melakukan tight man-marking ke atas floating attacker.

Jika anda menyaksikan pelan taktikal Frank Lampard ketika mengekang Roberto Firmino, beliau mengarahkan tugas itu kepada defensive midfielder iaitu N’golo Kante – bukannya pertahanan tengah seperti yang dilakukan sesetengah pasukan.

Begitu juga ketika Man United meneutralkan Firmino, tugas itu dilakukan oleh pemain defensive midfielder.

Dalam aksi di Shah Alam, pemain tengah defensif Selangor sangat lemah dalam berkawal di zon 14 JDT. Mereka membiarkan ruang itu terbuka.

Rumusan

Diogo telah melakukan tugas beliau dengan baik dalam struktur dan unit taktikal yang dirancang. Beliau antara penyerang yang memang tidak tamak.

Seterusnya perlaksanaan oleh JDT secara keseluruhannya adalah lebih baik.

Selangor jelas sekali ada tactical error. Mereka tidak cukup ‘kenal’ dengan lawan mereka dari segi pendekatan taktikal.

Sementara JDT lebih ‘kenal’ Selangor. Ini bermakna mereka lebih ‘study’ dan melakukan ‘homework’ dalam fasa persiapan. Dan bukannya hanya memikirkan corak permainan mereka semata-mata.

Kita boleh lihat bagaimana JDT mengambil pengajaran selepas bermasalah dengan ancaman Syazwan Zainon dan juga Khyril Muhymeen dalam beberapa momen ketika di Larkin. Tetapi di Shah Alam, Corbin Ong dan Kunanlan tidak diarahkan terlalu ke atas seperti biasa.

Dengan keadaan padang yang sangat basah, JDT merasakan terlalu berisiko untuk melaburkan lebih ramai pemain ke atas.

Secara asasnya, JDT tidak terlalu kuat secara pressing. Mereka banyak kali membiarkan Selangor memiliki penguasaan bola dan mementingkan compactness ketika hilang bola.

Masalah utama Selangor ketika menyerang pula adalah mereka kerap sampai di dalam kotak penalti JDT namun tidak decisive. Akibatnya mereka kerap terperangkap dalam trafik sibuk (yang terhasil daripada compactness) dalam defensive third JDT.

Kredit kepada JDT kerana dalam keadaan padang basah mereka tetap masih melaksanakan aspek taktikal seperti tactical run dan juga sistem decoying.