Jurulatih tempatan harus menjadi keutamaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melatih skuad Bawah-22 Tahun negara.
Demikianlah pandangan jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah seperti yang dilaporkan oleh Arena Metro pad hari ini.
Jawatan Ketua Jurulatih skuad B-22 negara akan menjadi kosong selepas kontrak Datuk Ong Kim Swee tamat pada penghujung bulan Disember ini.
FAM sebelum ini mengesahkan tidak akan menyambung kontrak Kim Swee selepas skuad B-22 negara menampilkan prestasi yang diharapkan di Sukan SEA 2019 yang lalu.
Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC 2019-2020
Seramai 26 jurulatih telah menyertai Kursus Kejurulatihan…
Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Saturday, April 6, 2019
Pandangan dari Azraai ada asasnya. Sejak beberapa bulan yang lalu, FAM sendiri rancak membangunkan ramai jurulatih tempatan untuk untuk memperolehi kelayakan yang diiktiraf oleh AFC.
“Dengan kehadiran ramai jurulatih kita termasuk yang mendapat lesen kejurulatihan Pro A Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), mereka sewajarnya diberi peluang,” kata beliau kepada wartawan Arena.
“Jika tak cukup dari segi pengetahuan, hantar mereka ikuti seminar atau kursus kejurulatihan bola sepak mengikut kehendak FAM.
JDT Terima Kunjungan Peserta Kursus Kursus Kejurulatihan Lesen AFC/FAM “A”
Seramai 24 peserta Kursus Kejurulatihan…
Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Wednesday, June 12, 2019
“Bukankah kita ada pengarah teknikal [Peter De Roo], DNA dan falsafah bola sepak untuk diikuti dan diselaraskan di pelbagai peringkat pembangunan bola sepak negara?”
Sebelum ini terdapat laporan beberapa pihak mahukan agar jurulatih dari luar negara diambil sebagai Ketua Jurulath skuad B-22 menggantikan Kim Swee.
Bagi Azraai, jika pengendali tempatan dibentuk dan diberikan peluang sewajarnya, maka mereka boleh menjadi aset jangka panjang dalam pembangunan bola sepak berbanding jurulatih asing yang hanya mungkin membabitkan kos tinggi termasuk gaji.