Azraai Khor: “Lawan Pasukan Arab, Mental Kena Kuat”

Pengendali berpengalaman negara, Mohd Azraai Khor Bin Abdullah tampil memberi pandangan beliau mengenai lawan pasukan Harimau Malaya pada saingan Piala Asia 2023 di Qatar.

Malaysia sebelum itu telah pun diletakkan dalam Kumpulan E untuk menghadapi Jordan terlebih dahulu diikuti Bahrain, serta gergasi Asia iaitu Korea Selatan.

Tampil dengan pelbagai persiapan sejak tahun lalu, Malaysia jelas mempunyai misi tersendiri dan bukan sekadar hadir untuk memenuhi kuota di peringkat kumpulan.

Bawah kendalian Kim Pan-gon, Malaysia kali ini diperkuatkan oleh gabungan pemain tempatan, warisan serta beberapa naturalisasi untuk memperkukuhkan setiap posisi pasukan tersebut.

Walaupun begitu, Azraai tetap mengingatkan kepada barisan pemain Malaysia supaya turut mempersiapkan kekuatan mental mereka untuk menghadapi lawan terutama dari negara Timur Tengah seperti Jordan serta Bahrain.

Jelas Azraai, pasukan dari negara Arab terkenal dengan sikap mereka untuk membuat provokasi sama ada di atas atau luar padang untuk merosakkan moral para pemain lawan.

Ini dibuktikan menerusi pengalaman beliau terdahulu selaku jurulatih, apabila pasukan kendalian Azraai bertemu lawan dari negara Arab.

Malah, pasukan Arab juga memiliki keupayaan tinggi daripada segi teknikal serta fizikal dan digunakan mereka sebaik mungkin ketika menghadapi mana-mana lawan di atas padang.

“Mereka kuat dari segi Fizikal, satu lagi kalau kita tengok liga mereka dengan kemasukan pemain bintang bertaraf dunia menjadikan mereka kompetitif.

“Pengalaman saya bawa pasukan di peringkat kejohanan AFC dan sebagainya, kita tengok kebolehan teknikal pemain Arab lebih tinggi sebab liga mereka lebih kompetitif dan mungkin juga program pembangunan mereka berbeza dengan kita.

“Satu lagi, lawan pasukan Arab ini mental kena kuat. Banyak provokasi dan gangguan dalam dan luar padang, itu antara (cabaran) kalau bermain dengan pasukan Arab. Harap pemain jangan layan provokasi dan sebagainya,” katanya menerusi Berita Harian.

Pada masa sama, Azraai tetap percaya skuad kebangsaan mampu mencipta kejutan tersendiri dalam saingan Piala Asia kali ini walaupun berdepan dengan lawan di kedudukan ranking lebih tinggi.

“Kenapa tidak boleh (kalahkan Jordan dan Bahrain)? Kalau tengok perlawanan demi perlawanan, kita sudah mampu kalahkan pasukan ranking lebih tinggi. Itu satu petanda positif buat pasukan yang dalam proses meningkat,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN