Azraai Khor Beri Penghormatan Kepada Arwah Basri Akil

Azraai

80 tahun yang lalu, lahirlah seorang tokoh tersohor dalam arena bola sepak Kedah dan negara, Dato’ Paduka Ahmad Basri Bin Mohd Akil. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 2008 dipercayai berpunca daripada serangan jantung.

Nama ini bukanlah asing bagi majoriti penyokong bola sepak negeri Kedah. “Biar Jasa Jadi Kenangan”, adalah satu legasi tidak terungkap maknanya bagi mereka yang tahu perjuangan tanpa kenal penat lelah itu.

Hari ini, 25hb April merupakan hari jadi Arwah Ahmad Basri Akil. Siapa yang tidak kenal akan bekas pengurus Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah ini.

Ketua jurulatih skuad Piala Presiden Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah mengakui rindu dan menyifatkan Allahyarham Basri Akil ketika masih hidup adalah seorang penjawat awam yang penuh dedikasi.

“Jika beliau masih bersama kita, hari ini 25/April/2019 genap usia nya 80 tahun. Kehilangan yang dirindui dan dirasai.

“Sehingga hari ini belum ada seorang tokoh yang boleh tandingi dedikasi perjuangan sepenuh jiwa dalam pembangunan bolasepak Kedah Darulaman. Pencapaian bersejarah Double Treble sampai sekarang belum ada pasukan yang boleh tandingi.Sedar tak sedar dah 11 tahun lama nya.

“Hari ini hari kelahiran Allahyarham,namun kita tidak mampu untuk ucapkan itu sebab Allahyarham telah pergi buat selama nya,” kata Azraai melalui laman facebooknya.

Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil

Kebolehan Datuk Paduka Ahmad Basri Akil di dalam bidang pengurusan bola sepak tidak dipandang sipi oleh ahli gabungan FAM. Pada tahun 1996, beliau dilantik sebagai Naib Presiden FAM dalam stu Kongres badan induk itu.

Beliau turut memegang port folio bahagian pembangunan belia ketika bersama FAM. Ahmad Basri dikenali sebagai seorang pemimpin yang berani dan bersuara lantang.

Akibat kelantangannya meyuarakan pendapat, Datuk Paduka Ahmad Basri Akil digantung 4 tahun pada tahun 2001 dan 3 tahun pada tahun 2006 oleh badan induk bola sepak negara, FAM.

Walaupun digantung oleh FAM, cinta dan kasih Allahyarham tidak pernah pudar. Beliau turut menjadi kolumnis dalam sebuah akhbar tempatan bagi beliau melontar pendapatnya.

Al-Fatihah.. Kami di SemuanyaBOLA mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah Ahmad Basri Akil dan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN