Azpilicueta Pilih Kekal Di Stamford Bridge Sehingga 2022

Chelsea telah mengesahkan pemain pertahanan dari Sepanyol, Cesar Azpilicueta telah memperbaharui kontrak untuk kekal di Stamford Bridge sehingga 2022.

Azpilicueta adalah pemain pertahanan versatile dan menyertai Chelsea pada 2012 daripada Marseille. Sejak daripada itu, beliau telah menjadi antara nadi utama kelab London tersebut di bahagian pertahanan.

Walaupun dibawa masuk sebagai pemain bek kanan pada ketika itu, corak permainan Azpiliciueta telah berevolusi sepanjang bersama Chelsea – dan mampu beraksi dimana-mana posisi pertahanan.

Keupayaan tersebut adalah salah satu sebab utama yang berjaya membantu Chelsea merangkul pelbagai kejuaraan – tanpa mengira Chelsea beraksi di dalam sistem tiga pertahanan, atau pun ketika membariskan empat pemain di bahagian belakang.

Hari ini pemain berusia 29 tahun ini dianggap sebagai salah seorang pemain paling berpengalaman di dalam skuad Chelsea – dan akan meneruskan karier beliau di Stamford Bridge melangkaui usia 30 tahun.

“Saya gembira untuk terus kekal bersama Chelsea,” ujar produk akademi Osasuna di Sepanyol itu.

“Sejak saya berada di sini, saya rasa gembira dan sentiasa mahu beraksi untuk kelab ini dan penyokong mereka. Setiap kali saya melangkah ke padang, saya akan memberikan yang terbaik.

Musim ini Azpilicueta turut diberikan peranan sebagai kapten pasukan. Pengarah kelab, Marina Granovskaia turut memuji sumbangan pemain tersebut sebelum ini.

“Cesar [Azpilicueta] adalah salah seorang pemain paling lama di kelab ini, dan beliau telah membuktikan dirinya sepanjang enam musim sebelum ini,” ujar beliau.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN