Azmi Mohamed Letak Jawatan Sebagai Jurulatih FELDA United

Azmi Mohamed letak jawatan sebagai jurulatih FELDA United, menurut laporan Harian Metro.

Beliau dikatakan meletakkan jawatan atas alasan “demi kemajuan FELDA United”.

Keputusan terbaik

Azmi yang baharu sahaja menjadi jurulatih FELDA United musim ini menggantikan Irfan Bakti, membuat keputusan untuk tidak bersama lagi dengan pasukan berpengkalan di Jengka itu.

Beliau berbuat demikian selepas merasakan dirinya tidak mampu untuk menggalas tugas untuk membawa FELDA United ke tahap yang lebih tinggi.

Azmi merasakan dirinya tidak mampu untuk menyaingi cita-cita besar FELDA United untuk menjadi sebuah kelab yang lebih besar di masa akan datang.

Gambar: Zam Zainal/Asiana

Perletakan jawatan mengejut oleh Azmi ini dibuat sebagai salah satu cara terbaik untuk memberi laluan kepada FELDA United untuk bergerak lebih jauh di masa akan datang menurut Azmi.

“Sebenarnya saya perlu jujur dan telus untuk mengatakan keputusan ini adalah tepat untuk kebaikan dan masa depan FELDA United melangkah lebih jauh serta menjadi sebuah pasukan yang mantap.”

Azmi sudah pun menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan kepada pihak pengurusan FELDA United pada Selasa lalu.

Dan surat perletakkan jawatan beliau telah pun dihantar kepada mereka. Azmi cuma perlu tunggu keputusan dari pihak pengurusan sahaja.

Kami di Semuanya BOLA mengucapkan selamat maju jaya buat Azmi dan juga FELDA United.

Baca juga: Ashley Westwood Digantung 4 Perlawanan Oleh FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN