Ashley Westwood Dedah Kesilapan Pengadil Punca Beliau Digantung FAM

Ashley Westwood digantung FAM selepas dibuang padang oleh pengadil ketika perlawanan Pulau Pinang menentang Perak. Tetapi ia berpunca kesilapan pengadil menurut beliau.

Menurut beliau, pengadil merupakan punca sebenar mengapa beliau digantung 4 perlawanan oleh pihak FAM yang seterusnya menambah masalah pasukan Pulau Pinang.

Janji

Ashley Westwood digantung selepas beliau dibuang padang oleh pengadil, Zamzaidi Katimin.

Menurut Westwood, beliau merasakan dirinya tidak adil selepas insiden yang berlaku di bangku simpanan.

Dalam insiden itu, beliau berkata puncanya bermula selepas pengendali Perak Karl-Heinz Weigang menolak fisio pasukan Pulau Pinang.

“Saya nampak Weigang menolak fisio kami. Lalu saya pergi ke pengadil keempat untuk membuat aduan.”

“Saya kata pada pengadil keempat itu untuk beritahu kepada pengadil pertama diatas kesalahan yang dilakukan oleh Weigang itu.”

Namun lain pula yang jadi, apabila pengadil Zamzaidi Katimin memilih untuk membuang padang kepada Westwood dan beliau terpaksa melihat perlawanan dari tempat duduk penonton.

Perkara ini menjadi semakin pelik selepas perlawanan berakhir.

“Saya pergi bertemu dengan pengadil untuk bertanya kenapa saya dibuang padang.”

“Pengadil kemudiannya sendiri mengaku yang keputusannya terhadap saya adalah kesilapan beliau. Dan beliau berkata beliau akan ubah keputusannya di dalam laporan pengadil.”

Gambar: Mohd Sharizal/Asiana

Namun lain pula yang terjadi, Westwood tetap digantung 4 perlawanan oleh FAM.

Kami sendiri tertanya, adakah pengadil betul-betul mengaku kesilapan beliau dalam laporan beliau atau ianya diubah atau dipadamkan.

Baca juga: Azmi Mohamed Letak Jawatan Sebagai Jurulatih FELDA United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN