Ayron Del Valle Bukti Selangor Sentiasa Unggul Untuk Rekrut Penggempur Import Berbisa

Penyerang berbisa Selangor, Ayron Del Valle terus menjadi tumpuan utama kini dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), selepas beliau terus mempamerkan kualiti tersendiri di hadapan gawang gol.

Ayron yang direkrut pada awal musim ini untuk menggantikan khidmat Herlison Caion jelas tidak mengambil masa lama untuk membuktikan ketajaman beliau buat para penyokong The Red Giants.

Jika musim lalu Caion berjaya meledak 14 gol untuk aksi Liga Super, tampil Ayron pada tahun ini yang cemerlang merekodkan 21 jaringan dan saingan tersebut masih lagi belum ditamatkan.

Hadir dengan reputasi cukup besar di Columbia, sudah tentu Ayron tidak mahu membuktikan dengan hanya kata-kata dan memberi segala keputusan serta jawapan buat peminat sendiri di atas padang.

Kelebihan tinggi dimiliki oleh penyerang berusia 34 tahun itu untuk menyudahkan setiap peluang terhidang sentiasa menceriakan kem Selangor, selain Ayron juga bijak mencipta kombinasi serangan bersama rakan sepasukan lain.

Ketika ini, Ayron di landasan tepat untuk muncul selaku penjaring terbanyak Liga Super selepas beliau unggul menerusi 21 jaringan dan diekori rapat oleh penyerang berbisa Johot Darul Ta’zim (JDT) iaitu Fernando Forestieri dengan 19 gol.

Selain berbisa meledak gol, Ayron juga cemerlang pada musim ini menerusi empat bantuan jaringan yang sudah dicipta beliau dalam saingan Liga Super 2023.

Secara keseluruhan, statistik semasa Ayron kini beliau sudah pun meledak 23 jaringan serta lima bantuan gol daripada 29 perlawanan dihadapinya di peringkat domestik.

Ini membuktikan umur bukan penghalang buat penyerang tersebut untuk membuktikan ketajaman beliau selaku penyerang dan memberi persaingan sengit bersama para pemain muda lain.

Ketajaman Ayron juga sekali lagi membuktikan Selangor menjadi antara pasukan sangat bagus dalam mendapatkan penyerang import berbisa setiap musim.

Guilherme de Paula, Patrick Wleh, Forkey Doe, Rufino Segovia, Ifedayo Olusegun, serta Herlison Caion menjadi bukti pasukan tersebut bijak mendapatkan penyerang import berkualiti sebelum ini.

Malah, impak Ifedayo pastinya antara paling diingati selepas ketajaman beliau dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sebelum ini tidak perlu dipertikaikan lagi.

Agak menarik untuk disaksikan pada musim hadapan, jika The Red Giants akan terus mengekalkan khidmat Ayron atau mereka aksn terus mencuri tumpuan dengan penyerang import berbisa baharu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN