Aymeric Laporte mendedahkan bagaimana Sepanyol berusaha memujuknya untuk mengubah komitmen bola sepak di peringkat antarabangsa sehingga berjaya mendapatkan dwi kerakyatan pada Mei lalu.
Laporte seperti diabaikan oleh Perancis seleama bertahun lamanya apabila Didier Deschamps cenderung memilih nama-nama lain untuk membarisi bahagian pertahanan.
Perkara itu tetap berlaku walaupun Laporte menampilkan prestasi cemerlang membantu Manchester City menjuarai Premier League pada musim lalu.
Dilahirkan di Agen, Aquitaine, ibu Laporte adalah seorang pendandan rambut. Atahnya pula bekerja di sebuah pasaraya. Sejak usia remaja, Laporte telah mewakili Perancis sebanyak 51 kali d peringkat umur.
« Une décision pas facile à prendre »
Naturalisé espagnol juste avant l'Euro, le défenseur central né en France, Aymeric Laporte, revient sur son choix de porter le maillot de la Roja https://t.co/VQG3GUks4d pic.twitter.com/oJ7wQmNwC5
— L'ÉQUIPE (@lequipe) June 28, 2021
Malah pemain pertahanan itu adalah kapten skuad B-17, B-18, B-19, dan B-21 Perancis. Laporte sebenarnya pernah dipanggil untuk menyertai kem latihan pasukan negaranya, tetapi tidak pernah diturunkan beraksi.
Pada 2016 ketika Perancis menentang Bulgaria dan Belanda, Laporte tidak berada di dalam pasukan dan sekadar memerhati dari tempat duduk penyokong. Ketika Perancis berhadapan Albania dan Andorra pada 2019, kecederaan pula menjadi penghalang.
Pada 2017, nama Laporte adalah antara pemain yang berada di bangku pemain simpanan. Dan pada 4 Jun lalu, Laporte akhirnya tampil melakukan debut antarabangsanya dan berpotensi berhadapan Perancis.
Walaupun membesar di Perancis selama ini, Laporte dibenarkan mendapatkan pasport Sepanyol kerana kaitan keluarganya yang berasal dari wilayah Basque. Proses naturalisasi Laporte (dokumentasi) bersama FIFA pula baru sahaja disiapkan pertengahan Mei lalu, untuk membenarkan beliau beraksi di Euro bersama negara keduanya.
Aymeric Laporte:
May 24: Named to Spain’s #EURO2020 squad after switching from France to Spain
June 4: Makes Spain debut
June 23: Scores first Spain goal pic.twitter.com/YZD5BDh7kQ
— B/R Football (@brfootball) June 23, 2021
Setakat ini, Laporte beraksi dalam semua tiga perlawanan untuk Sepanyol di Euro 2020, dan telah menjaringkan gol ketika menentang Slovakia.
Laporte baru-baru ini sempat berkongsi kisah naturalisasi yang dilaluinya: “Mereka melakukan panggilan daripada pihak Federacion (Persatuan Bola Sepak Sepanyol),” kongsi pemain itu.
“Presiden menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat saya. Sejurus selepas itu Luis Enrique melakukan panggilan. Saya terus ambil keputusan. Kemudian ia mengenai dwi warganegara.
“Sebenarnya saya berhubung dengan Sepanyol selama bertahun lamanya kerana mereka sentiasa mahukan saya.
“Luis Enrique berkata kepada saya corak permainan saya sesuai untuk bola sepak yang dipraktikkannya, dan jika saya berjaya mendapatkan taraf warganegara maka saya akan berada di dalam pasukan.
Aymeric Laporte spent five years in the international wilderness, caught between France and Spain.
Injuries, frustration, anger… and then one goal, and he gets a moment of pure joy. You've got to love that.
🇪🇸❤️ pic.twitter.com/zBwil9Tfja
— COPA90 (@Copa90) June 23, 2021
“Kami berbincang dan saya maklumkan ia [beraksi di peringkat antarabangsa] amat penting untuk perkembangan karier saya. Inilah perkara yang saya sentiasa inginkan. Untuk beraksi di tahap tertinggi di kejohanan antarabangsa adalah keinginan setiap pemain.
“Saya berkata saya berminat. Kemudian segala proses dokumentasi perlu dilakukan, dan kami menemukan formula [peraturan FIFA] untuk melengkapkannya.
Laporte dan Sepanyol akan berhadapan dengan Croatia di pusingan 16 pasukan terbaik pada tengah malam ini. Perancis pula akan berhadapan dengan cabaran Switzerland pada awal pagi nanti. Kedua-duanya akan bertemu di peringkat suku akhir sekiranya berjaya menewaskan lawan masing-masing.
Baca artikel menarik lain mengenai Euro 2020:
Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode
Kecewa Hampa Kerana Tersingkir, Ronaldo Lempar Lilitan Lengan Kapten
Euro 2020: De Ligt Mohon Maaf, Akui Kesilapannya Punca Belanda Tersingkir