Bagaimana Perpindahan Laporte Ke Man City Berjaya Selamatkan Kelab Lamanya Daripada Muflis

 

Siapa kata perpindahan dengan wang yang besar itu membazir? Ia dapat membantu kelab yang kecil, tahu?

Itulah yang berlaku dalam hal perpindahan Aymeric Laporte selepas berjaya melengkapkan perpindahan mega berjumlah €65 juta dari Athletic Bilbao ke Manchester City.

Perpindahan itu telah berjaya menyelamatkan sebuah kelab divisyen 8 Perancis iaitu Agen dari diisytihar muflis.

Kelab Agen merupakan kelab di kawasan tempatan Laporte dan beliau beraksi sebagai pemain bola sepak sehingga 2009.

Aymeric Laporte sewaktu muda.

Mereka menghadapi masalah kewangan yang kritkal ketika ini apabila menghadapi defisit sebanyak €100 ribu dan berkemungkinan akan menghadapi penghapusan (liquidation) oleh pihak undang-undang.

Namun begitu, nasib Agen berjaya diselamatkan selepas mereka menerima 1% dari jumlah €65 juta perpindahan Laporte ke Manchester City selepas Agen meletakkan klausa percentage on next sale atau peratusan yang diterima hasil jualan seterusnya.

Hasil dari klausa itu, Agen memperoleh €650 ribu dari jumlah €65 juta itu. Ia membolehkan Agen melangsaikan segala masalah kewangan yang dihadapi mereka!

Selain itu, mereka juga dapat menyediakan bajet bagi menghadapi musim hadapan!

Bagaimana klausa ini berfungsi?

Dalam perpindahan pemain dalam sukan bola sepak, ada satu klausa perpindahan yang disebut sebagai percentage on next sale (peratusan yang diterima hasil jualan seterusnya).

Klausa ini akan berfungsi apabila kelab A menjual pemainnya kepada kelab B, dan apabila pemain itu berpindah dari kelab B ke kelab C, kelab A tersebut akan menerima sebahagian dari hasil yuran perpindahan yang diterima oleh kelab B dari kelab C.

Situasi ini nyata membantu kelab-kelab kecil yang menjual pemain mereka ke kelab besar kerana mereka masih mampu menerima sejumlah wang walaupun pemain itu tidak lagi bersama mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN