Neymar Akui Sudah Tak Sabar-Sabar Nak Jumpa Real Madrid

Bintang sensasi PSG, Neymar sudah tak sabar-sabar untuk berjumpa dengan Real Madrid. Bekas pemain Barcelona itu dalam prestasi terbaik bersama PSG buat masa ini.

PSG akan bertandang ke kota Madrid pada 14 Februari untuk pusingan pertama peringkat 16 pasukan terakhir. Real Madrid adalah juara bertahan 2 tahun berturut-turut UCL. Beliau berkata kepada wartawan:

“Saya tidak pernah rasa tak sesabar ini. Saya sangat ingin berjumap dengan Real Madrid. Saya nak cakap satu kebenaran kepada anda semua, kalau boleh saya nak masa itu cepat tiba.”

Beliau mengakui PSG sudah bersedia untuk perlawanan menentang Real Madrid. Segala persiapan di pusat latihan diatur rapi oleh pengurus dan kejurulatihan.

Unai Emery
Paris Saint-Germain’s Uruguayan forward Edinson Cavani (R) celebrates with Paris Saint-Germain’s Brazilian forward Neymar (L) and Paris Saint-Germain’s French forward Kylian Mbappe after scoring the opening goal during the French Ligue 1 football match between Paris Saint-Germain (PSG) and Lyon (OL) at the Parc des Princes stadium in Paris on September 17, 2017. / AFP PHOTO / ALAIN JOCARD (Photo credit should read ALAIN JOCARD/AFP/Getty Images)

“Kami bekerja keras di pusat latihan untuk perlawanan seperti ini. Kami akan berhadapan pasukan berkualiti, pasukan besar. Kami hormati semua orang di Madrid, oleh itu kami akan persiapkan pasukan terbaik ke sana dan cuba menang di sana.”

2 hari sebelum hari jadi beliau ke-26, Neymar menjaringkan gol karer ke 350 beliau. Ia satu angka yang sangat membanggakan. Namun bagi Neymar, pencapaian berpasukan lebih penting daripada individu.

Perlawanan PSG dan Real Madrid antara perlawanan yang akan menjadi tumpuan dalam pusingan kalah mati kali ini. Real Madrid dalam prestasi tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Namun bagi Neymar ia bukan alasan untuk PSG diletakkan sebagai pasukan pilihan. Beliau lebih melihat pertembungan ini sebagai seimbang dan Real Madrid masih pasukan yang kuat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN