Ayah Nafi Neymar Ponteng Latihan Selepas PSG Sahkan Terbuka Untuk Terima Bidaan

Paris St-Germain (PSG) berkata mereka akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Neymar, selepas pemain itu gagal menghadirkan diri pada hari pertama latihan pra musim.

Penyerang berusia 27 tahun itu sepatutnya melaporkan diri di pusat latihan milik kelab tersebut pada Isnin (semalam).

Neymar dikaitkan dengan perpindahan kembali ke Barcelona pada jendela perpindahan musim panas ini.

“PSG maklum Neymar tidak menghadirkan diri di tempat dan masa yang telah dijadualkan sebelum ini. Perkara ini berlaku tanpa kebenaran daripada pihak kelab,” ujar satu kenyataan daripada PSG.

“PIhak kelab kesal situasi sebegini berlaku.”

Dalam temuramah bersama La Parisien, Pengarah Sukan PSG, Leonardo dipetik sebagai berkata: “Neymar boleh pergi meninggalkan kelab ini jika terdapat tawaran yang boleh diterima oleh semua pihak.”

Neymar untuk dijual

Leonardo juga berkata setakat ini Barcelona belum menyatakan apa-apa yang konkrit mengenai niat mereka untuk membeli kembali pemain tersebut ke Nou Camp.

“Sehingga kini, kami tidak tahu sama ada [Neymar] ada pembeli, atau pada harga berapa yang ditawarkan,” tambah Leonardo.

“PSG hanya mahu bersandar kepada pemain yang mahu kekal, dan bersama-sama membina sesuatu yang besar di sini.”

Neymar menyertai PSG dari Barcelona pada Ogos 2017, dengan nilai perpindahan rekod dunia £200 juta.

Sebelum ini Presiden PSG, Nasser Al Khelaifi berkata tidak mahu ada pemain yang bersikap seperti selebriti di dalam kelab. Sindiran tersebut disasarkan kepada Neymar secara tidak langsung.

Ayah nafi Neymar ponteng

Namun demikian, ayah kepada Neymar menafikan pemain itu sengaja ponteng dari latihan hari pertama bersama PSG.

Media di Brazil berkata Neymar Sr menjelaskan anaknya tidak hadir untuk melaporkan diri untuk latihan kerana komitmen dalam kerja kebajikan, dan mendakwa pihak kelab sebenarnya sudah maklum akan hal itu.

“Sebab tersebut sudah [PSG} ketahui, dan telah dirancang setahun lalu. Ia adalah sebahagian daropada komitmen beliau kepada Institut Neymar,” ujar beliau kepada Fox Sports Brazil.

“Kami tidak boleh menangguhkan [program amal] dan Neymar akan kembali untuk menyertai PSG pada 15 Julai akan datang.

Neymar tidak mempunyai masalah prestasi selain daripada kecederaan sepanjang bersama PSG, menjaringkan 34 gol dari 37 penampilan Ligue 1 pada musim lalu.

Namun disiplin beliau merisaukan kelab, selepas terlibat dengan beberapa insiden sebelum ini yang mengakibatkan beliau menerima hukuman gantung tiga perlawanan, selepas bertindak menumbuk muka penyokong selepas PSG tewas perlawanan akhir Piala Perancis.

Neymar juga digantung tiga perlawanan eropah pada musim hadapan selepas didapati bersalah menyerang pengadil.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN