Thiago Silva: “Messi Hipokrit Dan Buatkan Pemain Brazil Kecewa Dituduh Korup”

Thiago Silva kecewa dengan kenyataan emosi Lionel Messi yang menuduh Brazil menang kerana korupsi. Menggambarkan seolah-olah Brazil telah merampas piala ‘milik’ Argentina.

Sebelum aksi Brazil dan Argentina, Thiago Silva menghamburkan kata-kata pujian kepada Lionel Messi. Beliau menganggap Messi pemain terbaik dalam sejarah.

“Messi yang terbaik dalam sejarah. Saya tidak sempat melihat aksi Pele, Zico, Maradona. Saya sempat melihat Ronaldinho, Ronaldo, Adriano dan saya pernah bermain dengan Seerdof.”

https://twitter.com/BTClips/status/1145729932133195776

“Saya boleh katakan tiada seorang sama dengan Messi. Beliau mampu menjadi perbezaan di dalam perlawanan.”

https://twitter.com/FCBarcelonaFl/status/1145114808372617216

Brazil menewaskan Argentina dalam perlawanan separuh akhir Copa America 2019. Messi menganggap pengadil sebagai “bulls***. Messi kemudian menganggap pasukannya menjadi mangsa kepada korupsi.

Messi berpendapat, semua pegawai telah membantu Brazil untuk menjuarai Copa America kali ini. Messi kemudian memboikot upacara penyerahan pingat gangsa kejohanan. Dengan alasan beliau tidak mahu bersekongkol dengan penganjuran yang korup.

Messi turut menuduh pengadil memberikan kad merah kepada beliau dalam aksi menentang Chile kerana bengang dengan kritikan beliau selepas aksi separuh akhir.

CONMEBOL tampil dengan kenyataan balas. Mereka menyatakan kekecewaan kepada Messi di atas kenyataan tidak berasas yang dilemparkan.

CONMEBOL menganggap tindakan Messi seakan-akan tidak dapat menerima kekalahan dengan penuh rasa hormat – terutama sekali kepada para pemain lawan yang turut berjuang untuk menang.

Brazil menjuarai Copa America 2019. Tamat perlawanan Thiago Silva memberitahu wartawan beliau ada mendengar komen panas Lionel Messi. Dan Silva amat kecewa dengan kenyataan itu – sambil menyifatkan Messi sebagai hipokrit.

Menurut Silva, Messi seharusnya ingat kembali ketika pengadil memihak kepada Barcelona dalam kemenangan 6-1 Barca ke atas PSG 2 tahun lalu di UCL. Perlawanan yang dianggap sebagai salah satu kebangkitan luar biasa dalam sejarah UCL.

“Ini situasi yang sukar untuk kami komen. Kadangkala ketika kalah, kita cuba menyasarkan orang lain.”

“Saya rasa tidak percaya beliau berkata begitu, tetapi kami sedih [dengan kenyataannya]. Ketika kami tewas 6-1 di tangan Barcelona dahulu, beliau [Messi] bermain dengan pengadil [mempengaruhi keputusan pengadil]. Pada pandangan saya, ianya tindakan tidak masuk akal.”

“Namun kami [pemain-pemain PSG] tidak mengeluarkan kenyataan bahawa pengadil memihak kepada Barcelona. Kerana saya rasa, kamu harus menunjukkan rasa hormat [kepada lawan].”

“Tiada satu pun daripada 5 bintang pada jersi Brazil [merujuk kejuaraan Piala Dunia] adalah hasil daripada mencuri. Ianya hasil daripada perjuangan di atas padang.”

“Messi ini seorang yang sangat baik. Malangnya kenyataan beliau kali ini membuatkan kami pemain-pemain Brazil tidak sukakan kenyataan itu.”

“Kami tewas dalam Piala Dunia di tangan Belgium, dan kami kalah kerana beberapa kesilapan pengadilan – yang memihak pasukan beliau [Messi] – ketika tewas di tangan Barcelona. Dan saya tidak ada mendengar rakan-rakan saya bercakap tentang korupsi ketika itu.

“Messi ada kuasa untuk bercakap, namun itu tidak bermaksud saya sentiasa setuju dengan beliau. Saya sangat hormat kepada Messi – bukan sahaja sebagai pemain tetapi sebagai manusia. Beliau seorang yang sangat fokus dalam kerjanya.”

“Namun kami boleh untuk memilih tidak bersetuju dengan beliau.”

“Saya suka kerana kami semua harus memperbaiki bola sepak Amerika Selatan. Namun tidak semestinya ada korupsi dalam penganjuran dan kami [pasukan Brazil] adalah korup.”

“Semakin hari semakin banyak informasi dari Eropah, di mana anak-anak dan cucu kita lebih banyak tahu tentang pemain-pemain Eropah. Dan mereka mahu mengikut jejak langkah mereka dalam semua perkara.”

“Eropah ada kelebihannya tersendiri, dan di Amerika Selatan pun begitu. Saya memilih untuk berjuang demi bola sepak Amerika Selatan.”

“Jika kami mahu bercakap soal korupsi, kamu perlu kemukakan bukti yang meyakinkan. Bola sepak ini adalah permainan dan sesiapa sahaja boleh melakukan kesalahan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN