Axel Witsel: Kejuaraan Bundesliga Sesuatu Yang Gila, Saya Tak Pernah Alami Debaran Seperti Ini

Witsel

Pemain Borussia Dortmund, Axel Witsel menganggap saingan Bundesliga adalah sesuatu yang gila dan menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mengalami debaran sehebat dirasainya kini walaupun telah beraksi di beberapa liga berbeza.

Terdahulu, Bayern Munich terlepas peluang untuk dinobatkan sebagai juara lebih awal apabila Die Roten hanya sekadar seri 0-0 bertemu RB Leipzig.

Sementara, peluang kembali terbuka buat Dortmund apabila kelab itu berjaya menewaskan Fortuna Dusseldorf 3-2 dalam aksi di Signal Iduna Park.

Keputusan tersebut membolehkan Dortmund merapatkan kedudukan dengan hanya dibezakan dua mata di belakang Bayern Munich yang mengumpul 75 mata.

“Pada suatu hari anda akan sedih kerana anda membuat kesilapan, keesokan harinya anda akan berasa gembira kerana masih mempunyai peluang untuk menang. Jadi,  Bundesliga ini memang gila, ” kata Witsel menerusi laman rasmi Bundesliga.

“Kami perlu fokus pada permainan kami dan berharap Bayern akan kalah. Ini adalah kali pertama kami mengalami perebutan gelar yang [gila] seperti ini.”

Permainan yang indah

Witsel yang menyertai Borussia Dortmund dari kelab China, Tianjin Quanjian mengakui bahawa beliau begitu teruja dan gembira dapat bermain bola sepak bersama kelab tersebut.

Sejak menyertainya pada Ogos 2018, pemain dari Belgium ini mendapat keutamaan oleh pengendali pasukan – Lucien Favre untuk berada dalam kesebelasan utama.

Menurut Witsel, beliau menilai gaya serta corak permainan yang diterapkan dalam pasukan Borrusia Dortmund ini sungguh menarik dan indah untuk disaksikan.

DORTMUND, GERMANY – MAY 11: (EDITORS NOTE: Image has been digitally enhanced.) Jacob Bruun Larsen (L-R), scorer Thomas Delaney and Axel Witsel of Dortmund celeberate their team’s second goal during the Bundesliga match between Borussia Dortmund and Fortuna Düsseldorf at Signal Iduna Park on May 11, 2019 in Dortmund, Germany. (Photo by Lukas Schulze/Bundesliga/DFL via Getty Images)

“Kami cuba bermain dengan baik, bermain tiki-taka, bola sepak yang cantik dan menarik, tetapi pada akhirnya perkara yang paling penting adalah untuk mendapatkan tiga mata.”

“Kami sangat gembira. Kami masih mempunyai peluang dalam perebutan gelar liga. Itu penting bagi kelab dan peminat,” kata Witsel.

Tanggal 18 Mei ini akan menjadi jawapan, pasukan manakah yang akan menjulang trofi kejuaraan Bundesliga musim ini.

Borussia Dortmund akan berkunjung ke Borussia-Park bagi menghadapi Monchengladbach. Manakala, Bayern Munich pula akan melayan kunjungan Eintracht Frankfurt di Allianz Arena.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN