AXA KVL M5: Revo FC Gagal Halang KL Gators Raih Tiga Mata Penuh

KL Gators

Kebangkitan yang cuba dilakukan Revo FC untuk mengikat KL Gators tidak kesampaian selepas mereka tumbang 2-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Ampang Jaya, malam semalam.

KL Gators yang tewas pada perlawanan minggu lalu hanya memerlukan tiga minit sahaja untuk membuka jaringan menerusi Loh Wen Ken.

Loh menggunakan kekuatan fizikal bagi menahan asakan diberikan pertahanan Revo FC yang kemudiannya melakukan ‘turning’ serta rembatan untuk jaringan buat KL Gators.

Selepas jaringan tersebut, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tidak berupaya untuk menambah jaringan sehinggalah pada minit ke-29.

Wen Ken sekali lagi menemui sentuhan jaringan apabila beliau yang mendapat hantaran jauh dari kawasan sendiri berjaya mengawal bola dengan baik untuk melepaskan rembatan rendah bagi menjadikan kedudukan 2-0.

Memasuki babak kedua, Revo FC yang ketinggalan dua jaringan mempamerkan aksi yang lebih tersusun dalam usaha memburu jaringan.

Usaha tanpa mengenal erti lelah Revo FC akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-50.

Hasil kesilapan pertahanan lawan yang seterusnya kesempatan tersebut digunakan oleh Muhammad Khairil Adzha Che Ahmad yang melepaskan rembatan bagi menewaskan Syed Adney Syed Hussein.

Jaringan tersebut diharapkan dapat menyuntik semangat para pemain Revo FC bagi mencipta jaringan penyamaan, namun serangan yang cuba dilancarkan tidak memberikan sebarang makna untuk mengesahkan kemenangan 2-1 memihak KL Gators.

Statistik perlawanan: 

Pemain terbaik perlawanan: Loh Wen Ken (KL Gators)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN