Tottenham Perlu Pinjam Tambahan £237 Juta Untuk Siapkan Stadium

Tottenham Hotspur dilaporkan akan melakukan pinjaman sebanyak £237 juta untuk pembinaan stadium baharu mereka.

Spurs mengeluarkan laporan perkembangan pembinaan tersebut kepada tiga bank yang merupakan rakan kongsi kelan tersebut melalui satu kenyataan pada Jumaat lalu.

Laporan tersebut mengesahkan stadium baru itu tidak akan siap sehingga 2019. Spurs turut mendedahkan hutang kelab yang berjumlah £366 juta akan meningkat sehingga £600 juta.

A general view of the ongoing construction of Tottenham Hotspur’s new White Hart Lane stadium in London. (Photo by Steven Paston/PA Images via Getty Images)

Spurs sebelum ini pernah mengumumkan perjanjian pinjaman bernilai £400 juta dengan Bank of America Merill Lynch, Goldman Sachs dan juga HSBC pada Mei 2017 untuk pembinaan stadium baru.

Laporan pada Jumaat lalu sekadar mengesahkan kemudahan baharu milik kelab tersebut memerlukan £637 juta, nilai yang telah meningkat sebanyak £237 juta, atau 59% dari nilai permulaan iaitu £400 juta.

Jumlah wang tambahan yang diperlukan tersebut dikatakan untuk menanggung sebarang kos tambahan yang diperlukan oleh Spurs untuk menyiapkan stadium baru tersebut, yang kini sudah berlanjutan sejak awal kempen saingan musim ini.

(Photo by Tottenham Hotspur FC/Tottenham Hotspur FC via Getty Images)

Untuk menanggung kos tambahan tersebut, Spurs dipercayai akan menggunak pinjaman berbentuk bon, kaedah sama yang pernah digunapakai oleh Manchester United.

Pada Mei 2015, Manchester united meraih bon bernilai $425 jutamenggunakan sebuah syarikat. Ketika itu peminjam akan menjual bon berkenaan untuk dijual kepada kumpulan kecil pelabur, dan tidak dijual secara terbuka kepada umum.

Tottenham Hotspur dijangka akan menggunakan kaedah yang sama untuk meraih dana.

Leave a Reply