Awalnya Nafi Rekrut Egy Maulana, Kini Dewa United Sah Tandatangani Khidmat Pemain Tersebut Musim 2023

Nasib pemain bintang Indonesia iaitu Egy Maulana Vikri sebelum ini terus menjadi tanda tanya buat para penyokong di sana, dengan masih belum mengesahkan destinasi beliau pada tahun 2023.

Terkini, Egy sah menyertai Dewa United dan secara rasminya beliau akan beraksi buat pasukan tersebut buat pertama kali dalam saingan Liga 1 Indonesia.

Sebelum itu, Dewa United telah menafikan pemain tersebut bakal menjadi rekrut mereka bagi memperkukuhkan jentera serangan musim 2023.

Pasukan yang baharu saja dinaikkan ke saingan Liga 1 itu sebelum ini menafikan khabar angin di media sosial mengenai diri Egy dikaitkan bersama mereka.

“Boleh saya tahu, daripada mana anda mendapat info tersebut? Malah saya sendiri pun baru sahaja tahu mengenai khabar angin ini,” jelas Ketua Pegawai Operasi (COO) Dewa United, Rendra Soedjono kepada CNN Indonesia.

Isu perpindahan Egy untuk menyertai Dewa United mula menjadi riuh, selepas ada beberapa media menyatakan perkara tersebut di media sosial.

Malah ketika itu, ada yang menyatakan Egy akan menandatangani kontrak bersama Dewa United sebaik sahaja pasukan tersebut menamatkan perlawanan liga menentang Bhayangkara FC.

Egy yang mencipta karier di Eropah sebelum itu pernah beraksi dalam saingan utama di Poland iaitu Lechia Gdanks selama beberapa musim sebelum berhijrah ke Slovakia.

Di Slovakia, Egy telah pun menyertai dua kelab iaitu Senica serta Zlate Moravce sebelum kontrak beliau ditamatkan lebih awal atas persetujuan bersama.

Sebenarnya rekod Egy di Slovakia tidak terlalu teruk ketika bersama Senica, selepas pemain ini mencatat dua jaringan serta empat bantuan gol daripada 26 penampilan bersama.

Namun, momentum itu tidak dapat diteruskan selepas Egy bersama Zlate Moravce apabila beliau hanya merekodkan satu sahaja bantuan gol daripada sembilan aksi di atas padang.

Kehadiran Egy jelas mendapat reaksi positif daripada Ketua Pegawai Eksekutif pasukan tersebut iaitu Ardian Satya Negara yang menganggap pemain itu mempunyai aset tersendiri sangat berkualiti.

“Sudah tentu kami sangat gembira dengan kehadiran Egy untuk menyertai Dewa United pada musim ini di posisi serangan.

“Semua orang pun tahu kualiti yang ada pada Egy merupakan antara yang sangat terbaik buat serangan Indonesia kini menerusi kualiti dimiliki beliau.

“Sebenarnya, sejak Egy sah tidak lagi berakdi di Slovakia kami sudah pun mengadakan perbincangan bersama untuk mendapatkan beliau.

“Kami banyak berbicara mengenai Dewa United, dan Egy jelas teruja serta siap sedia untuk menyertai kami kali ini,” jelas beliau menerusi Bola.com.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN