Kenali 4 Lawan Yang Bakal Dihadapi Kedah Darul Aman Di Turkiye

Kedah Darul Aman

Kedah Darul Aman (KDA) akan meneruskan siri persiapan pra-musim mereka dengan memilih Turkiye sebagai destinasi pilihan memanaskan badan.

Sebelum terbang, KDA terlebih dahulu akan menyertai kejohanan jemputan Piala Harapan yang bakal diadakan di Pulau Pinang bermula 1 Februari ini.

Selepas mengharungi beberapa siri perlawanan dalam negara, skuad kendalian Nafuzi Zain bakal menlengkapkan jadual pra-musim mereka dengan terbang ke Turkiye dengan empat lawan bakal menanti.

Walaupun bermain di Turkiye, namun KDA tidaklah bertemu dengan pasukan-pasukan dari negara tersebut. Sebaliknya, Hijau Kuning akan menentang satu wakil dari Uzbekistan dan Ukraine serta dua kelab Kazakhstan.

Tetapi siapakah mereka? Artikel ini akan memberikan gambaran ringkas siapakah empat kelab yang bakal ditentang mereka.

FC Nasaf (Uzbekistan)

Lawan pertama KDA di Turkiye pada 9 Februari ini adalah Nasaf yang merupakan kelab utama dari Uzbekistan.

Lebih dikenali sebagai Nasaf Qarshi di negara sendiri, kelab ini merupakan mantan juara Piala AFC untuk edisi 2011.

Namun itu adalah rekod lampau, pencapaian terbaik mereka yang terkini adalah penyandang gelaran Piala Uzbekistan.

Walaupun baru sahaja mengumpul gelaran ketiga dalam kejohanan itu namun kualiti Nasaf ini tidak boleh dinafikan kehebatannya kerana Piala Uzbekistan itu telah berjaya dimenangi mereka untuk dua tahun berturut-turut sejak 2021.

Nasaf merupakan pasukan yang mempunyai pemain yang berkualiti tinggi dalam skuad mereka. Nama-nama seperti Khusniddin Alikulov (pertahanan tengah), Khusayin Norchaev (penyerang) dan Oybek Bozorv (sayap kiri) pastinya mampu memberikan masalah kepada KDA apabila diturunkan.

Shakter Karaganda (Kazakhstan)

Sehari selepas bertemu Nasaf, KDA akan meneruskan pra-musim mereka di Turkiye dengan bertemu Shakter Karaganda dari Kazakhstan.

Antara pasukan yang pernah beraksi dalam saingan kelab-kelab Eropah sebelum ini, Karaganda pada musim lalu menamatkan saingan ditangga ketujuh daripada 14 pasukan utama Kazakhstan.

KDA perlu memberikan tumpuan kepada dua ‘kuda tua’ pasukan ini iaitu Pedro Eugenio dan Marin Tomasov yang merupakan mesin gol buat Karaganda musim lalu.

Musim lalu, Eugenio menghasilkan 18 gol manakala Tomasov menyumbat 15 jaringan dalam kesemua pertandingan yang disertai mereka.

FK Maqtaraal (Kazakhstan)

Lawan ketiga KDA adalah kelab senegara dengan Karaganda iaitu FK Maqtaraal.

Boleh dikatakan sebagai lawan yang hampir setara dengan Karaganda kerana kedua-dua kelab ini menamatkan saingan Liga Kazakhstan musim 2022 dipisah menerusi satu mata sahaja.

Jika Karaganda menghabiskan liga ditangga ketujuh, Maqtaraal pula di kedudukan kelapan dengan mengutip 31 mata daripada 26 perlawanan.

Untuk musim 2023, Maqtaraal berbelanja dengan bijak apabila mendapatkan lapan pemain baharu tetapi tanpa mengeluarkan sebarang wang.

Hal ini disebabkan mereka mendapatkan dua pemain yang tiada kelab sambil empat perpindahan percuma. Lapan pemain tersebut adalah:

  1. Nurlan Dairov (pertahanan tengah) – perpindahan percuma
  2. Odilzhon Abdurakhmanov (pemain tengah) – perpindahan percuma
  3. Sekou Doumbia (pemain tengah) – perpindahan percuma
  4. Ramil Nurmukhametov (penjaga gol) – perpindahan percuma
  5. Aleksey Nosko (pemain tengah bertahan) – pinjaman
  6. Sagi Sovet (pertahanan kiri) – pinjaman
  7. Jakha Leonard (pemain tengah bertahan) – tanpa kelab
  8. Dunaybek Ayankhan (penyerang) – tanpa kelab

Metalist Kharkiv (Ukraine)

KDA akan menamatkan siri pra-musim mereka di Turkiye dengan bertemu kelab Ukraine, Metalist Kharkiv pada 14 Februari.

Ketika ini, saingan domestik Ukraine sedang memasuki fasa pertengahan dengan majoriti kelab telah beraksi 50% daripada keseluruhan perjalanan liga 16 pasukan mereka.

Kharkiv kini menduduki tangga kesebelas liga dengan mengutip 16 mata selepas mencatatkan empat menang, empat seri serta tujuh kalah.

Kelab ini mempunyai masalah di bahagian serangan dan juga pertahanan kerana mengikut statistik, kedua-duanya tumpul dan rapuh apabila beraksi.

Barisan serangan Kharkiv hanya mencatatkan 15 gol liga daripada 15 perlawanan sambil melepaskan 23 jaringan, gandingan penyerang KDA harus mengambil peluang ini mencatatkan nama selaku penjaring dalam perlawanan ini.

Menarik untuk disaksikan bagaimana KDA akan berdepan dengan kelab-kelab Eropah ini. Sama-sama kita saksikan.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN