Aubameyang Memberikan Respon ‘Sempoi’ Ketika Diumumkan Pemain Terbaik Disember Oleh Arsenal

Pierre-Emerick Aubameyang dimumumkan sebagai Pemain Terbaik Bulanan – untuk Disember – oleh Arsenal. Namun yang menariknya adalah respon kelakar daripada Aubameyang kepada laman twitter rasmi Arsenal.

Aubameyang kemudiannya membuat penilaian ke atas dirinya. Aubameyang menyatakan beliau gembira dengan bulan Disember yang hebat kecuali aksi beliau yang teruk (sh*t) ketika menentang Liverpool. Ini balasan daripada Aubameyang di rantaian tweet tersebut.

“Terima kasih, selain daripada aksi ‘sh*t’ di Liverpool, ianya adalah bulan yang baik.”

Dalam perlawanan menentang Liverpool, Aubameyang lebih kepada ‘pelancong’ di atas padang. Beliau ditroll warganet dengan statistik menunjukkan beliau hanya melakukan 10 hantaran lengkap, 6 daripadanya adalah daripada sepak mula.

Dan ini adalah peta haba Aubameyang ketika itu yang ‘terang benderang’ di bulatan tengah sahaja.

Namun selain daripada aksi itu, Aubameyang menjaringkan 5 gol daripada 9 perlawanan – dan juga dengan 2 ‘assist’.

Arsenal berkongsi video rangkuman aksi beliau sepanjang Disember termasuk gol cantik menentang Spurs pada hari derbi. Beliau juga melakukan hantaran kepada Lucas Torreira untuk gol kemenangan menentang.

Aubameyang menjadi nadi penting skuad Arsenal musim ini. Beliau merupakan pemain yang dalam persaingan untuk memenangi kasut emas EPL pada musim ini. Aksi pantas beliau juga sentiasa menjadi igauan ngeri buat pertahanan.

Ini bukan pertama kali Aubameyang memberikan respon yang agak santai di media sosial. Sebelum ini beliau memberikan respon kepada warganet yang menduhnya kaki tap-in.

Selepas gol cantik ke atas Spurs Aubameyang berkata: “Saya suka tap in, tapi tolonglah ‘RESPEK’ [respect] sikit nama saya,” tulis beliau dengan nada bergurau.

Jadi, anda sekarang ada sebab untuk ikuti Aubameyang di media sosial.

Ini kerana beliau seorang yang sangat santai dan tidak cepat melatah.

Leave a Reply