Sumber Di Itali Mengatakan Aubameyang Hanya Akan Tinggalkan Borussia Dortmund Untuk AC Milan

Adakah Pierre-Emerick Aubameyang akan kembali ke AC Milan?

Penyerang Borussia Dortmund itu sering dikaitkan dengan perpindahan keluar dari kelab tersebut dengan sebelum ini perpindahan ke China menjadi perhatian.

Namun begitu, beliau dikatakan hanya akan berpindah keluar dari Borussia Dortmund sekiranya beliau mendapat tawaran dari kelab lamanya iaitu AC Milan.

Menurut Sky Italia, Aubameyang dikatakan telah memberitahu rakannya yang beliau tidak lagi mahu memperbaharui kontraknya di Borussia Dortmund.

Beliau dikatakan telah mula membayangkan untuk berpindah ke AC Milan selepas kontraknya bersama kelab Jerman itu tamat.

Namun begitu buat masa ini, AC Milan belum lagi membuka sebarang gerak untuk mendapatkan pemain tersebut walaupun pemain Gabon ini telah menyatakan kesediaan untuk kembali ke Itali.

Semuanya kini terletak kepada AC Milan sendiri sama ada mahu mendapatkan beliau atau tidak, memandangkan sumber mengatakan kelab tesebut sudah hampir berjaya mendapatkan Andrea Belotti dari Torino.

Jika ini berjaya, kembalinya Aubameyang ke AC Milan menjadi kisah yang hampir sama dengan Paul Pogba yang kembali semula ke Manchester United.

Hal ini kerana, kedua-dua pemain tersebut sebelum ini telah dilepaskan oleh 2 kelab tersebut.

Sumber:

  1. Milan News (2017): Sky – Aubameyang vuole solo il Milan: no al rinnovo con il Borussia, ora attende i rossoneri; http://www.milannews.it/primo-piano/sky-aubameyang-vuole-solo-il-milan-no-al-rinnovo-con-il-borussia-ora-attende-i-rossoneri-262022

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN