Gold Cup 2017: Jamaica Dan Mexico Tempah Pertemuan Di Separuh Akhir

Mexico menepati ramalan apabila berjaya menumpaskan Honduras untuk melayakkan diri ke saingan separuh akhir.

Jaringan seawal minit ke-4 menerusi Rodolfo Pizarro sudah cukup untuk menempah pertemuan bertemu Jamaica yang menewaskan Kanada dalam satu lagi aksi saingan suku akhir.

Mexico berjaya mempertahankan kelebihan gol itu sehingga tamat masa permainan walaupun Honduras beberapa kali berusaha untuk mengasak gawang Mexico.

Namun usaha tersebut masih gagal untuk mendapatkan jaringan penyamaan.

Perlawanan ini turut dicemari dengan layangan 6 kad kuning. 3 buat Mexico manakala 3 lagi  untuk Honduras.

Jamaica Robek Harapan Kanada

Sementara itu Jamaica mengesahkan tempat ke separuh akhir apabila berjaya menewaskan Kanada dengan keputusan 2-1.

Shaun Francis menjaringkan gol pendahuluan buat Jamaica pada minit ke-6.

Tidak cukup dengan gol awal tersebut, Jamaica terus mengejutkan Kanada dengan gol di minit awal separuh masa kedua pula.

Kali ini Romario Williams melebarkan pendahuluan buat pasukan Carribean itu pada minit ke-50.

Kanada cuba merapatkan defisit gol pada minit ke-61 hasil jaringan dari pemain Cardiff City, Junior Hoilett.

Ironinya, Junior Hoilett menjaringkan gol semasa menentang pasukan negara kelahiran bapanya. Sebenarnya beliau layak untuk mewakili Jamaica. Tetapi menolaknya untuk terus komited bersama Kanada.

Separuh akhir

Mexico dan Jamaica dijadualkan bertemu pada 24 Julai (waktu Malaysia) dalam perlawanan separuh akhir. Pemenang perlawanan ini akan bertemu sama ada  Costa Rica atau Amerika Syarikat dalam perlawanan akhir.

Sumber:

  1. Gold Cup (2017); http://www.goldcup.org/en/schedule-results#tab_team%3Drounds
  2. The Hamilton Spectator (2015, Sept 30): Junior Hoilett commits to Canada Soccer; https://www.thespec.com/sports-story/5938311-junior-hoilett-commits-to-canada-soccer/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN