Aubameyang Gagal ‘Pimpin’ Gabon Ke AFCON 2019 Selepas Dikecewakan Burundi

Gabon
Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar
01:10
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pierre-Emerick Aubameyang bolehlah berehat pada musim panas bakal menjelma nanti. Ini disebabkan skuad kebangsaan diwakilinya, Gabon gagal untuk ke Africa Cup of Nations (AFCON 2019).

Saingan AFCON 2019 akan berlangsung di Mesir pada 21 Jun hingga 19 Julai nanti.

Tersangkut

Gabon menghadapi kempen terakhir pusingan kelayakan AFCON 2019. Mereka bertandang ke Burundi untuk perlawanan penutup Kumpulan C.

Sebelum perlawanan semalam, Burundi berada di tangga kedua dengan 9 mata manakala Gabon berada di kedudukan ketiga dengan 7 mata .

Jika perlawanan berakhir dengan keputusan seri, Burundi akan layak ke pusingan AFCON di Mesir. Bagi Gabon pula, mereka wajib menewaskan Burundi untuk mara ke kejohanan itu.

Tetapi malang buat Aubameyang dan Gabon apabila perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Cedric Amassi menjaringkan gol untuk Burundi pada minit ke-74. Namun begitu, rakan sepasukannya, Omar Ngando tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-84.

Kali pertama

Burundi buat pertama kali akan beraksi dalam kejohanan berprestij Afrika ini. Skuad Burundi dijangka akan disertai oleh Saido Berahino (Stoke City) dan Gael Bigirimana yang bermain di Liga Scotland.

Mauritania dan Madagascar juga menempa nama untuk membuat penampilan sulung dalam pertandingan ini. Mereka pun terlebih dahulu mengesahkan kelayakan pada tahun lepas.

Kali terakhir 3 pasukan serentak membuat penampilan sulung dalam AFCON ialah pada edisi 2012. Pada ketika itu, Botswana, Niger dan Equatorial Guinea muncul pertama kali dalam kejohanan ini.

Format edisi 2019 merupakan format 24 pasukan yang pertama kali digunakan. Pada asalnya Cameroon dipilih menjadi hos tetapi CAF menarik balik hak penganjuran itu.

Mesir kemudiannya telah diberikan mandat untuk menganjurkan kejohanan ini.

Baki perlawanan untuk fasa kelayakan AFCON 2019 dijangka akan berakhir pada pada hari ini (24 Mac).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN