Atletico Madrid Mahukan Sanchez Jika Sanggup Turunkan Gaji

Atletico Madrid dilaporkan telah menyertai Juventus dan Inter Milan untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Manchester United, Alexis Sanchez.

Laporan tersebut dikatakan datang dari Redgol di Chile dan turut dilaporkan oleh El Mundo Deportivo – hasil sumber dalaman yang berkait rapat dengan pemain tersebut.

Sanchez bukanlah pemain yang asing di La Liga, setelah pernah beraksi bersama Barcelona diantara tahun 2011 sehingga 2014, sebelum menyertai Arsenal. Namun demikian, karier pemain antarabangsa Chile itu bersama Manchester United serba tidak menjadi sejak tiba di Old Trafford pada Januari 2018.

Inter Milan dan Juventus sebelum ini dikatakan berminat untuk mendapatkan Sanchez selepas masing-masing telah melakukan perjumpaan dengan ejen pemain tersebut, Fernando Felicevich.

Namun demikian, ketiga-tiga kelab dipercayai tidak akan bersetuju dengan sebarang perancangan untuk membawa Sanchez, sehingga pemain tersebut sanggup menerima bayaran gaji yang jauh lebih rendah berbanding apa yang diterima oleh beliau di Old Trafford.

Sanchez dianggarkan menerima bayaran €12 juta semusim – dan merupakan pemain yang menerima bayaran tertinggi di EPL.

Spekulasi mengaitkan Sanchez dengan Atletico Madrid juga bukan perkara yang menghairankan, apatah selepas Diego Simeone pernah mengendalikan pemain tersebut di River Plate pada 2008.

Pemain berusia 30 tahun itu kini hanya menjaringkan tiga gol di EPL sepanjang tempoh 18 bulan bersama Manchester United. Kelab tersebut dikatakan mahu menjual Sanchez untuk menyeimbangkan kembali struktur gaji pemain-pemain di kelab tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN