Kelab Milik David Beckham, Inter Miami Buru Khidmat Luis Suarez

Kelab bola sepak yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan dimiliki oleh David Beckham dilaporkan telah membuat tawaran untuk mendapatkan khidmat penyerang Uruguay dan Barcelona, Luis Suarez.

Menurut Diario Sport yang memetik laporan wartawan Xavi Campos dari Esport3, tawaran tersebut adalah kontrak selama empat tahun yang bermula pada musim panas akan datang.

Pemain antarabangsa Uruguay tersebut akan berusia 33 tahun pada Januari hadapan, dan kontrak beliau di Nou Camp akan tamat pada 2021.

Bekas penyerang Liverpool itu dikenalpasti sebagai pemain bintang yang boleh menyertai projek bola sepak di Miami itu, dan walaupun belum ada respon dari pemain tersebut setakat ini, Suarez dipercayai akan mempertimbangkan cadangan tersebut.

Tawaran tersebut dilaporkan cukup lumayan dan bakal menjadi kontrak utama yang terakhir buat penyerang tersebut, sekiranya Barcelona bercadang menukar Suarez dengan penyerang lain dalam masa terdekat.

Pemain itu dijadualkan pulih dari kecederaan untuk tampil bersama Uruguay di kejohanan Copa America, selepas terlepas aksi bersama Barcelona menuju ke pengakhiran musim akibat kecederaan lutut.

Sejak menyertai Barcelona pada 2014, Suarez telah tampil di dalam 247 perlawanan dan menjaringkan 177 gol untuk gergasi Catalan itu.

Leave a Reply