Atletico Madrid Julang UEFA Super Cup Selepas Tundukkan Real Madrid 4-2 Di Estonia

Real Madrid seolah-olah masih terasa kehilangan Cristiano Ronaldo ke Juventus selepas skuad Julen Lopetegui terpaksa berputih mata tewas 4-2 ditangan seteru tetangga, Atletico Madrid pada perlawanan UEFA Super Cup di A. Le Coq Arena, Estonia awal pagi tadi.

Pertembungan yang melibatkan pemenang Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa musim 2017/18 itu menandakan persaingan bagi merebut dua trofi terulung di Eropah itu bakal bermula tidak lama lagi.

Tidak sampai seminit perlawanan berlangsung, penyerang ‘nakal’, Diego Costa meletakkan Atletico Madrid di hadapan.

Costa yang menerima hantaran jauh dari Diego Godin, secara bersendirian melepasi kawalan Raphael Varane untuk meledakkan rembatan yang sekaligus melepasi jangkauan Keylor Navas.

Tersentak dengan jaringan pembukaan itu, Real Madrid kembali memperkemaskan aksi dengan melancarkan beberapa siri serangan yang akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-27 menerusi Karim Benzema.

Gol tersebut berpunca selepas hantaran silang menarik yang dihasilkan Gareth Bale di sebelah kiri pintu gol Atletico, berjaya ditanduk kemas Benzema untuk menyamakan kedudukan. Kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat babak pertama.

TALLINN, ESTONIA – AUGUST 15: Saul Niguez of Atletico Madrid celebrates with teammates after scoring his team’s third goal during the UEFA Super Cup between Real Madrid and Atletico Madrid at Lillekula Stadium on August 15, 2018 in Tallinn, Estonia. (Photo by Alexander Hassenstein/Getty Images)

Real Madrid terus mengancam skuad bimbingan Diego Simeone di babak kedua dengan percubaan bagi menembusi gawang dikawal Jan Oblak, memaksa Juanfran melakukan kesilapan pada minit ke-62 sehingga bola terkena tangan beliau ketika usaha menyelamatkan bola di kawasan bahaya.

Keadaan itu menyebabkan pengadil perlawanan, Szymon Marciniak dari Poland tidak teragak-agak untuk menghadiahkan sepakan penalti buat Los Blancos.

Sergio Ramos yang mengambil tanggungjawab tidak mensia-siakan peluang bagi jaringan kedua buat Real Madrid.

Costa sekali lagi cemerlang bagi kembali menyamakan kedudukan selepas hantaran yang dilakukan Angel Correa dalam kotak penalti disudahkan dengan baik oleh Costa yang tidak dikawal pertahanan Real Madrid pada minit ke-79.

Jaringan itu memaksa perlawanan berlanjutan hingga ke masa tambahan dan ternyata ia memberi tuah buat Atletico Madrid.

Saul Niguez meledakkan jaringan cantik pada minit ke-99 menerusi satu sepakan voli menarik yang terus menerjah gawang gol Real Madrid yang jelas meningkatkan semangat juang skuad Los Colchoneros.

Koke kemudiannya mematikan api perjuangan Sergio Ramos dan rakan sepasukan dengan jaringan keempat lima minit kemudian untuk menghadiahkan UEFA Super Cup buat Atletico Madrid dan kejayaan manis menumpaskan seteru tetangga mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN