Atletico Madrid kini berhadapan dengan masalah besar dalam kempen UCL mereka. Selepas beberapa musim cemerlang melepasi peringkat kumpulan, kali ini cerita mereka berbeza.
Atletico yang hilang karakter di hadapan gol telah diikat 1-1 oleh Qarabag dalam perlawanan yang mereka harus menang untuk terus mengejar Chelsea dan AS Roma.
Kemenangan Roma ke atas Chelsea membuatkan Atletico lebih bermasalah. Qarabag dianggap pasukan paling lemah di dalam kumpulan ini.
Qarabag mendahului pada separuh masa pertama menerusi tandukan Michel yang deras menewaskan Jan Oblak. Pada separuh masa kedua, Thomas Partey menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-56.
Tidak lama slepas itu, pasukan pelawat terpaksa bermain 10 orang untuk baki 30 minit. Namun Atletico masih gagal untuk menang perlawanan ini. Sefan Savic juga dilayangkan kad merah pada minit ke-88.
https://www.youtube.com/watch?v=TOpPNHCWGfk
Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Diego Godin tahu yang kini mereka bukan sahaja bergantung kepada keputusan sendiri malah terpaksa bergantung kepada keputusan pasukan lain untuk mara.
Atletico Madrid adalah naib juara pada 2014 dan mara ke separuh akhir UCL pada musim lalu. Kini mereka hanya mengutip 3 mata selepas 4 perlawanan. Mereka juga 5 mata di belakang pendahulu AS Roma dan 4 mata di belakang Chelsea.
2 perlawanan seterusny Atletico dalam UCL adalah menentang AS Roma di Metropolitano. Perlawanan terakhir mereka nampak lebih sukar iaitu bertemu Chelsea di Stamford Bridge.