Kehidupan beragama merupakan satu sisi penting kepada setiap manusia di muka bumi ini. Termasuk juga para pemain bola sepak.
Sekumpulan pemain bola sepak di Britain telah membentuk satu pertubuhan yang dikenali sebagai Association of Muslim Footballers.
Latar belakang
Dengan pengaruh bola sepak digermari ramai, AMF mempromosikan persamaan, kepelbagaian dan keharmonian beragama.
Pelbagai program dianjurkan untuk memberikan pemahaman kepada orang awam yang datang dari pelbagai latar belakang.
Program ini memberi penerangan orang awam mengenai amalan seharian orang Islam meskipun mempunyai karier sebagai pemain bola sepak.
Ini termasuk pemain bola sepak yang berprofil tinggi di pentas Eropah seperti Mesut Ozil, N’golo Kante, Ali Al-Habsi dan ramai lagi/
Aktif
"Then remember Me; I will remember you. " (Al-Baqarah 2:152). 🙏🏼
@Mo_Besic using his time wisely#community #thankfulness pic.twitter.com/rAbWSPBGwd
— Muslim Footballers (@TheAMF) March 26, 2017
Ada ahli AMF seperti Muhamed Besic (Everton) giat mengadakan program. Selain itu, admin laman Twitter dan Facebook kerap berkongsi berita kejayaan ahli-ahlinya.
Contohnya seperti kejayaan dua orang pemain Chelsea ini yang memenangi EPL baru-baru ini.
Many congratulations to our brothers @KurtZouma and @nglkante for winning the #PremierLeague with Chelsea 👏🏼👏🏼👏🏼 #prayHardPlayHard pic.twitter.com/D922YUMFCT
— Muslim Footballers (@TheAMF) May 13, 2017
Mereka juga mengemaskini perkembangan terkini pemain-pemain muda:
Cabaran
Itu merupakan lumrah jika mereka menjadi minoriti di negara asing. Namun begitu, mereka dibantu oleh FA Inggeris.
Malah, badan Kick It Out juga memberikan sokongan padu kepada AMF ini.
Diharapkan AMF terus konsisten dalam program mereka. Diharapkan juga kepada mereka dapat menyatukan para pemain seluruh dunia agar toleransi beragama dapat diteruskan. Meskipun dalam sukan bola sepak.
Sebarang kemaskini mengenai AMF boleh diikuti di laman Facebook:
Begitu juga di Twitter di pautan: