5 Program Khas Dari Semuanya BOLA Sempena Perlawanan Akhir Piala FA 2017

Peminat bola sepak tanah air kini terarah perhatian kepada perlawanan akhir Piala FA 2017 di antara pasukan Pahang dan Kedah. Perlawanan ini akan berlangsung pada 20 Mei 2017.

Ini adalah 5 program yang kami sajikan untuk anda

1. Previu perlawanan

Kami akan cuba memberikan previu perlawanan dari sudut lebih teknikal, statistikal dan taktikal. Sebagai contoh, 2 artikel yang telah kami terbitkan tentang pemain tumpuan pilihan kami iaitu:

1. Analisis: Matheus Alves, Floating Attacker Dan Pakar Di Half-Space Kanan

Matheus Alves (yellow) during FA Cup quater final 1st leg match at Darul Makmur Stadium on 1 April 2016. Photo by Muhammad Muslimi / www.asiana.my

2. Analisis: Syazwan Zainon Pemain Penyerang Sayap Bermobiliti Tinggi

Syazwan Zainon (Kedah) /Photo by Zulfachri Zulkifli / www.asiana.my,

Seterusnya kami juga akan menyajikan anda semua dengan previu perlawanan yang menyentuh tentang rekod pertemuan, prestasi semasa serta yang lebih menarik adalah previu taktikal 2 jurulatih yang akan bertarung.

Previu perlawanan ini anda boleh ikuti pada pukul 8 malam ini 19 Mei 2017.

Kami juga akan terbitkan satu montaj video khas untuk perlawanan akhir ini di channel youtube kami.

2. Berita dan perkembangan mutakhir

Kami juga telah menghantar wakil kami untuk bersama-sama wakil media yang lain untuk sidang media perlawanan yan berlangsung pada hari ini di Stadium Shah Alam.

Selain itu, kami akan cuba membawakan berita-berita terkini berkaitan dengan Piala FA 2017.

3. Kemaskini terkini (live update)

Menjelang hari perlawanan, kami akan melakukan kemaskini terkini (live update) yang pertama dalam sejarah semuanya BOLA untuk perlawanan bola sepak.

Ianya adalah kemaskini berbentuk Live Text. Sebelum ini kami pernah melakukannya untuk kongres FAM.

Kemaskini terkini ini akan memberikan maklumat terkini perlawanan dari minit ke minit.

Laporan lintas langsung ini akan dilakukan oleh wakil kami yang akan berada di Stadium Shah Alam pada hari perlawanan akhir itu nanti.

Kemaskini terkini ini akan menceritakan suasana perlawanan, aksi perlawanan, peristiwa penting berdasarkan pengalaman dan suasana sudut pandang dari dalam stadium.

Bagi anda yang tidak berkesempatan ke stadium atau menyaksikan siaran langsung di televisyen, kemaskini terkini Perlawanan Akhir Piala FA 2017 ini yang terbaik untuk anda.

Bagi yang menyaksikan perlawanan di televisyen, kemaskini terkini ini membolehkan anda mengikuti perlawanan dari sudut pandang yang lebih real. Tidak semua keadaan di dalam stadium dapat dirakam kamera.

Bagi yang menyaksikan perlawanan di Stadium, kemaskini terkini ini menjadi commentator kepada anda.

Kami akan pin kemaskini terkini Perlawanan Akhir Piala FA ini di laman facebook rasmi kami.

4. Laporan Perlawanan

Laporan perlawanan boleh anda ikuti sebaik sahaja tamat perlawanan. Kami akan melaporkan peristiwa penting (key events) di dalam perlawanan ini.

Satu rumusan ringkas dan padat untuk anda.

5. Analisis taktikal

Analisis taktikal akan disediakan oleh penganalisis kami iaitu Axello Tacts untuk melaporkan pertarungan perlawanan ini dari sudut lebih taktikal dan kritikal.

Kami pasti, ramai pembaca kami akan menantikan sajian ini selepas perlawanan.

Teruskan bersama Semuanya BOLA

Teruskan mengikuti Facebook, Twitter dan Instagram Semuanya BOLA untuk info terkini Perlawanan Akhir Piala FA 2017. Lebih banyak berita tentang Perlawanan Akhir Piala FA 2017 akan kami sajikan untuk anda.

Selamat maju jaya kepada 2 finalis yang akan berentap.

Kepada penyokong-penyokong Kedah Darul Aman!

Anda boleh mendapatkan jersi Kedah 2017 yang asli (player issue dan fans issue) secara online di laman e-dagang Semuanya BOLA, SBX. Klik link di bawah untuk mula membeli:

SBX – Kedah 2017
SBX – Kedah 2017
SBX – Kedah 2017

Dapatkannya cepat-cepat! Ini kerana stok cepat habis!

Mulakan gaya hidup aktif anda bersama SBX, laman e-dagang Semuanya BOLA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN