Asri Mardzuki Cuti 3 Bulan Kerana Kemalangan Jalan Raya

Laman rasmi Kedah FA sebentar tadi menyampaikan perkhabaran duka dari kem pasukan mereka. Pemain pertahanan mereka, Mohd Asri Mardzuki dijangka akan berehat panjang kerana kecederaan meniskus.

Ianya selepas kesan daripada kemalangan kecil melibatkan Asri Mardzuki dan seorang lagi pemain Kedah, Syawal Nordin. KFA dalam kenyataan mereka berkata:

“Persatuan Bolasepak Kedah mendoakan agar Mohd Asri Mardzuki cepat sembuh dari kecederaan yang mengakibatkan beliau terpaksa berehat selama 3 bulan.”

“Ahad lepas, Asri dan Syawal terlibat dalam kemalangan kecil di Jalan Gangsa, Alor Setar. Syawal, pembonceng dalam kejadian tersebut tidak mengalami kecederaan serius tetapi Asri penunggang motosikal telah dilanggar dari tepi dan mengalami kecederaan meniskus di bahagian lutut.”

“Selepas pengesahan doktor pasukan semalam, beliau dinasihatkan untuk menjalani rawatan pemulihan dijangka mengambil masa 3 bulan dan terpaksa melupakan baki saingan musim ini.”

“Mohd Asri antara pemain muda berbakat skuad hijaukuning mengisi slot pertahanan kiri sejak awal musim. Gol beliau baru-baru ini di saat akhir ketika aksi di Stadium Hang Jebat kembali mengukir nama sebagai penjaring gol.

“Doakan Mohd Asri Mardzuki cepat sembuh. Amin.”

Kami dari semuanyaBOLA mendoakan agar Mohd Asri Mardzuki dan Syawal Nordin lekas sembuh!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN