Pertahanan kental Indonesia iaitu Asnawi Mangkualam berjaya mempamerkan belangnya di Korea Selatan, selepas kelibat pemain tersebut menonjol pada aksi K2 League, semalam.
Bersama Jeonnam Dragons musim ini, Asnawi dijadikan sebagai salah satu sandaran utama buat pasukannya itu selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama skuad kebangsaan Indonesia serta pasukan lamanya, Ansan Greeners.
FT | #KLeague2
Jeonnam Dragons 2-2 Seongnam
⚽️ Valdivia 52'
⚽️ Ha Nam 59'
–
⚽️ Manzinga 6'
⚽️ Jong-ho 78'Mantap Asnawi Mangkualam! Ia main 81' menit. Jeonnam sempat comeback 2-1, Asnawi menyumbang 2 assist! Sayangnya Seongnam bisa cetak gol penyama kedudukan di menit 78' pic.twitter.com/HNhNZ466g9
— FaktaBola (@FaktaSepakbola) April 8, 2023
Terbaharu, Asnawi telah pun mencipta dua bantuan jaringan untuk menyelamatkan Jeonnam daripada mencatat kekalahan kali keempat musim ini dalam persaingan K2 League.
Selaku tuan rumah, Jeonnam melayn kunjungan Seongnam yang berada pada kedudukan liga lebih baik berbanding mereka di Stadium Bola Sepak Gwangyang dengan keputusan berakhir seri 2-2.
Pada perlawanan tersebut, Asnawi diletakkan dalam kesebelasan utama untuk bermain di posisi bek kiri pasukan dalam bentuk formasi 4-1-4-1 bawah kendalian Lee Jang-kwan.
Tuan rumah terlebih dahulu dikejutkan menerusi gol awal perlawanan yang dicatat oleh pemain serangan Seongnam dari Perancis iaitu Christy Mazinga pada minit keenam.
Keputusan perlawanan separuh masa pertama menyaksikan Jeonnam terpaksa menahan rasa perit ketinggalan 0-1 sebelum kebangkitan dicipta pada babak seterusnya.
Gol yang dicari Jeonnam akhirnya terhasil pada minit ke-52 menerusi Wanderson Valvidia, selepas pemain tengah serangan dari Brazil itu menerima umpanan cantik daripada Asnawi.
Seolah tidak dapat dihentikan, Asnawi sekali lagi mempamerkan kredibiliti beliau bersama pasukan tersebut untuk mendapatkan gol pendahuluan, setelah umpanan pemain itu berjaya disambar oleh Ha Nam pada minit ke-59.
Namun kelebihan tersebut gagal dipertahankan Jeonnam untuk mengesahkan tiga mata buat mereka, selepas kebangkitan pelawat dicipta pada penghujung permainan.
Pada minit ke-78, Seongnam berjaya mendapatkan gol penyamaan mereka menerusi Lee Jong-hoo, setelah pemain tersebut bijak memanfaatkan peluang dicipta oleh Kim Jin-rae.
Keputusan perlawanan kekal dengan kedua pasukan saling terikat 2-2 untuk masing-masing membawa pulang satu mata berharga pada aksi tersebut.
Menurut CNN Indonesia, Asnawi berjaya mempamerkan aksi yang cukup positif sepanjang beliau beraksi dengan menunjukkan kualiti tersendiri di posisi pertahanan.
https://twitter.com/bukanmediovideo/status/1644655949355859971?s=46&t=aSHi44_CDrTtiqShUUQHew
Malah, beberapa kali gerakan individu yang dilakukan Asnawi berjaya mendapat tepukan serta sorakan gemuruh daripada penyokong tuan rumah selepas berpuas hati dengan kualiti dipamerkan oleh pemain tersebut.