“Kekal Fokus”- Manuel Ott Mahu Kedah Elak Buat Kesilapan Mudah

Kedah Darul Aman (Kedah) bakal berdepan ujian paling getir buat diri mereka selepas mengharungi tujuh perlawanan dalam saingan Liga Super 2023, untuk membuat perhitungan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Beraksi di gelanggang lawan iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI), pastinya ia bukan suatu cabaran mudah buat Sang Kenari dalam misi mereka untuk sekurangnya meraih keputusan positif.

Walaupun begitu, Kapten Kedah iaitu Manuel Ott tetap berharap supaya rakan sepasukan lain mampu memberi fokus penuh untuk berhadapan lawan yang dianggap berada dalam prestasi terbaik mereka kini.

Jelas Ott, Kedah bakal ‘lemas’ dalam permainan lawan malam ini, jika mereka tidak dapat mengikut strategi serta taktikal yang berkesan seperti diterapkan oleh barisan kejurulatihan.

“Kami berdepan pasukan teratas liga dan sudah pasti dengan momentum kemenangan dan beraksi di laman sendiri yang dimilki JDT ini bakal menjadikan skuad Harimau Selatan satu lawan yang cukup sukar buat kami.

“Dengan keupayaan yang mereka milki melalui tujuh kemenangan besar pada setiap perlawanan lalu, kami selaku pasukan yang berada di tangga kedua liga perlu mempertingkatkan lagi keupayaan untuk menghadapi setiap ujian mencabar di sana.

“Oleh itu, kami perlu cukup berdisiplin dan beraksi sebagai satu pasukan mengikut perancangan yang telah diatur oleh ketua jurulatih Nafuzi Zain dan saya yakin dengan perancangan yang dipersiapkan ini mampu meningkatkan keupayaan kami untuk menempuh setiap cabaran,” katanya menerusi Arena Metro.

Pada masa sama, pemain kebangsaan Filipina itu juga menegaskan kepada para pemain supaya menguatkan mental masing-masing supaya kekal fokus dalam 90 minit permainan yang dijangka sengit.

“Walau apa cabaran yang kami hadapi, saya berharap setiap pemain dapat kekal fokus sepenuhnya dalam misi kami disana dan berusaha membuktikan kemampuan pasukan berdasarkan reputasi yang ada pada KDA FC.

“Dengan perancangan yang dibuat ini, kami tidak boleh leka dan perlu mengelak dari melalukan kesilapan mudah kerana kami mahu memastikan Sang Kenari mendapat keputusan yang positif di sana,” katanya.

JDT ketika ini wajar digeruni pihak lawan, selepas momentum mereka yang melakar tujuh kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Super untuk menghuni kedudukan teratas.

Sementara Kedah pula berada dalam prestasi terbaik mereka kini, selepas unggul di tangga kedua liga, walaupun ia merupakan musim pertama buat Nafuzi Zain mengendalikan kelab tersebut.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN