Ashley Young ‘Nganjing’ Liverpool Kerana Gagal Layak Ke Saingan UCL Musim Hadapan

Ashley Young tidak melepaskan peluang untuk menganjing Liverpool selepas kelab dari Merseyside itu hanya mampu mencatatkan keputusan seri sahaja bertemu Aston Villa kemarin.

Keputusan seri itu menyebabkan Liverpool kini semakin sukar untuk merebut tempat layak ke saingan Champions League musim hadapan.

Young merupakan pemain gantian ketika aksi seri 1-1 skuadnya bertemu Liverpool di Anfield, dengan The Reds sebenarnya sangat terdesak mendapatkan tiga mata penuh dari perlawanan tersebut.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu pada ketika ini sedang berada di kedudukan kelima dalam carta saingan Premier League selepas mengumpul 66 mata, tiga mata dibelakang Man United yang sedang berada di kedudukan keempat.

The Reds wajib mecatatkan kemenangan ke atas Aston Villa dalam perlawanan tersebut untuk menghidupkan peluang mereka mengakhiri saingan musim ini di kelompok empat teratas.

Malang untuk Liverpool, mereka sekadar mengutip satu mata sahaja, dan memandangkan Man United berjaya mengutip tiga mata penuh pada hari yang sama, maka mereka sepertinya semakin selesa untuk mengukuhkan kedudukan keempat dalam carta saingan Premier League musim ini.

Ashley Young yang sebelum ini pernah menghabiskan sembilan musim kariernya bersama Manchester United jelas sekali tidak mahu melihat Liverpool berjaya mengutip tiga mata penuh bertemu skuadnya, Aston Villa.

Selepas tamat perlawanan tersebut, bekas bintang Man United itu dengan segera memuat naik status di laman media sosial miliknya untuk menganjing seteru utama bekas kelabnya itu.

Tidak hairan jugalah untuk melihat para penyokong Man United turut bergembira dengan tindakan dari bekas ketua pasukan kelab kesayangan mereka itu.

Young memuat naik status di laman twitter miliknya untuk menganjing Liverpool dengan beliau menyiarkan semula video perbualan antara Gary Neville dan Jamie Carragher yang sedang berbual tentang perebutan kedudukan keempat dalam carta saingan Premier League dengan menulis:

“Tak semua yang kita rancang akan menjadi, OOPS.”

Tulis Young sambil menyebut nama bekas rakan sepasukannya, Gary Neville.

Apabila melihat legenda kelab menganjing Liverpool, maka tidak hairanlah untuk melihat para penyokong menjadi semakin bersemangat dan semakin menyayangi beliau.

“Ketua pasukan saya, legenda saya, beritahu mereka Young.”

“Selamanya milik kita, sayang kamu Ashley.”

“Legenda Manchester United yang sebenar. Kami nampak kerja keras kamu, Tahniah.”

“Sekali menjadi merah, selamanya akan kekal merah, Young legenda kami.”

“Tahniah Ashley, persembahan yang sangat mantap dari kamu semalam.”

Young yang kini sudah berusia 37 tahun itu sebenarnya sedang beraksi kali kedua bersama Aston Villa sepanjang kariernya dengan beliau sebelum ini pernah menghabiskan lima tahun pertamanya bersama kelab tersebut.

Sepanjang musim ini, Ashley Young tidak dinafikan lagi telah memainkan peranan yang sangat penting untuk kelab selepas beliau membuat 31 penampilan dari semua pertandingan bersama Aston Villa.

Dek kerana nama beliau meningkat naik bersama Manchester United, maka tidak hairanlah mengapa beliau begitu sayang dengan The Red Devils.

Kejayaan beliau membantu skuadnya mengikat Liverpool sedikit sebanyak membantu Man United untuk mengukuhkan kedudukan mereka di kelompok empat teratas, seterusnya menjamin tempat untuk mereka beraksi dalam saingan Champions League musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN