Alasan Mengapa Man United Tolak Untuk Tandatangani Julian Alvarez Pada Musim Lalu

Manchester United dilaporkan telah menolak kesempatan untuk menandatangani bintang Manchester City, Julian Alvarez pada jendela perpindahan musim panas yang lalu.

Alvarez telah ditandatangani oleh Manchester City pada musim lalu dari gergasi Argentina, River Plate dengan yuran perpindahan bernilai £15 juta.

Pemain berusia 23 tahun itu menjadi back up kepada Erling Haaland sepanjang musim ini, dan beliau sukar untuk mendapat tempat dalam skuad utama kerana bintang Norway itu jelas sekali sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini.

Walau bagaimanapun, ketika beliau diberi kesempatan untuk bermain, Julian Alvarez jarang untuk mengecewakan Pep Guardiola dengan beliau kerap memberikan impak yang sungguh dahsyat di atas padang.

Beliau juga turut berjaya menjaringkan gol ketika aksi kejayaan Man City berpesta membelasah Real Madrid dalam saingan Champions League minggu lalu.

Beliau juga turut berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Man City ketika menewaskan Chelsea 1-0 dalam saingan Premier League malam semalam.

Sebalik kecemerlangan beliau bersama Man City, Alvarez sebenarnya hampir sahaja untuk menyertai Manchester United pada musim lalu.

Namun hal itu tidak menjadi kenyataan kerana pimpinan kelab dan Ralf Rangnick ketika itu menolak untuk mendapatkan khidmat pemain penyerang muda itu.

Dan ketika Erik ten Hag sedang dalam usahanya untuk mencari pemain penyerang berkualiti pada jendela perpindahan musim panas ini, jelas sekali peminat akan sangat kesal dengan keputusan yang dibuat oleh Manchester United itu.

Alvarez pada ketika ini sudah berjaya menjuarai gelaran Premier League bersama Man City dan beliau juga baru sahaja menjulang gelaran Piala Dunia bersama Argentina di Qatar awal tahun baru-baru ini.

Beliau berpotensi untuk menambah dua lagi gelaran dengan Alvarez bakal menghadapi dua lagi aksi perlawanan akhir, saingan Piala FA dan Champions League sebelum berakhirnya musim ini.

Mengapa Man United menolak untuk menandatangani Alvarez

Menurut sumber laporan dari The Express, Manchester United sebenarnya pernah menolak kesempatan untuk menandatangani Alvarez kerana mereka terlalu terdesak mahu mendapatkan pemain penyerang yang betul-betul sudah bersedia untuk terus beri impak segera.

Cristiano Ronaldo ketika itu merupakan penyerang utama Man United, namun pemain kebangsaan Portugal itu bergelut untuk medapatkan sentuhan jaringannya pada ketika itu.

Edinson Cavani sementara itu gagal untuk mendapatkan minit permainan yang mencukupi dan Rangnick ketika itu merasakan beliau perlu mencari pemain yang sudah betul-betul bersedia untuk beri impak berbanding Alvarez yang sepertinya memerlukan waktu untuk berkembang.

Namun ketika melihat impak Julian Alvarez bersama Man United sepanjang musim ini, sepertinya Manchester United akan sangat menyesal dengan keputusan yang beliau buat sebelum ini.

Manchester United pada ketika ini sepertinya sedang berdepan situasi yang sama dengan mereka sedang benar-benar terdesak mahu mendapatkan pemain penyerang utama.

Victor Osimhen dan Harry Kane kedua-duanya merupakan pemain yang hangat dikaitkan dengan Manchester United, namun sepertinya pihak kelab perlu menyediakan dana yang sangat besar untuk mendapatkan salah seorang dari dua pemain itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN