Ashley Young tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya ke atas prestasi pengadil yang disifatkan beliau sebagai lemah ketika situasi melibatkan Lacazette dan Feed.
Perkara itu telah merencatkan sedikit usaha Man. United yang mahu mara ke UCL pada musim hadapan. United tewas 2-0 di Emirates selepas kebangkitan luar biasa mengatasi Paris St-Germain pada tengah minggu lalu.
Kekalahan itu juga bermakna, Man. United tewas pertama kali dalam EPL sejak diambil alih oleh Ole Gunnar Solskjaer.
Granit Xhaka mengejutkan David De Gea dengan rembatan ‘knuckleball’ dari jarak jauh di mana bola telah bertukar arah pada saat akhir.
Selepas itu, pada separuh masa kedua – Arsenal menggandakan gol pendahuluan menerusi Aubameyang yang menyempurnakan penalti. Ini selepas Alexandre Lacazette dijatuhkan oleh Fred di dalam kitak penalti.
Kapten Manchester United berkata keputusan pengadil adalah tidak tepat. Dan jika Arsenal tidak mendapat penalti itu, situasi perlawanan pastinya berbeza.
Young berkata kepada BBC: “Hari ini sangat mengecewakan dan penalti Arsenal itu agak sukar diterima. Pada pengamatan saya daripada kedudukan saya di atas padang, itu bukannya penalti. Namun pengadil telah membuat keputusan.”
Penalty or no penalty? 🤔
Ashley Young says NO!https://t.co/HsJepqZFTk
— GOAL News (@GoalNews) March 10, 2019
Lacazette dilihat jatuh terlalu mudah ketika dicabar oleh Fred.
Seterusnya, Young percaya Man. United tidak memanfaatkan beberapa peluang mereka terutama sekali pada separuh masa pertama.
“Pada hari yang lain, kami akan manfaatkan peluang-peluang seperti itu dan boleh mendahului 2 atau 3 gol pada separuh masa pertama.”
“Apabila berhadapan dengan pasukan kuat, kamu akan dihukum kerana tidak memanfaatkan peluang.”