Ashley Westwood tampil memberikan penjelasan mengenai situasi sukar yang dilalui oleh pasukan Pulau Pinang ketika ini.
Dalam sidang media yang dilakukan di Stadium Bandaraya, beliau tampil memberikan penjelasan mengenai situasi terkini pasukannya yang belum lagi menang sebarang perlawanan dalam Liga Super.
Masih dalam proses
Westwood dalam sidang media tersebut mengatakan yang pasukannya kini dalam proses transisi.
Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan dari pihak media mengenai keadaan pasukannya.
“Kami bermain dengan baik. Ya benar kami kalah tetapi kami tidaklah begitu teruk.”
“Sebagai contoh tengok saja perlawanan menentang T-Team, kami bermain dengan baik serta menguasai bola dan mencipta percubaan. Cuma tiada penyudah sahaja.”
“Tetapi T-Team yang bermain kurang baik berjaya menang. Kenapa? Sebab mereka ambil peluang mereka.”
Westwood juga mahu peminat agar tidak hanya memandang keputusan sahaja. Sebaliknya melihat corak permainan yang berasa yang diterapkan pasukan.
Jika diikutkan statistik, Pulau Pinang hanya sekali sahaja tewas teruk apabila kalah 6-1 di tangan Pahang.
Manakala baki perlawanan lain hanyalah tewas tipis dimana mereka tewas 2-0 kepada Selangor dan 1-0 ketika menentang Perak, Sarawak dan juga T-Team.
Westwood juga ditanya adakah beliau masih lagi orang yang sepatutnya mengetuai Pulau Pinang. Dan beliau katakan ya.
Dalam masa yang sama, Westwood juga mengatakan pasukan Pulau Pinang berada dalam keadaan yang baik untuk bermain bola sepak 90 minit.
“Tengok pasukan lain, baru 60 minit main dah ada pemain yang jatuh minta kena rawat. Pemain saya tiada pun yang meminta rawatan walaupun diakhir permainan.”
“Pemain-pemain saya terus berjuang mencari gol walaupun di babak-babak terakhir permainan. Pasukan lain? Pemain mereka sudah terbaring di atas padang.”
Kita harus bersama
Mengulas mengenai perancangan peminat yang mahu memboikot perlawanan Pulau Pinang di tempat sendiri. Westwood berkata peminat seharusnya bersama dengan pasukan.
“Dalam waktu sukar begini, kami perlukan sokongan daripada penyokong untuk sentiasa buatkan kami bersemangat.”
“Berikan kami masa sehingga 10 hingga 11 perlawanan, jika masih belum ada yang berubah maka saya akan bertanggungjawab.”
“Kami perlu masa untuk bangkit.”
“Kenapa Faiz Subri tak main?”
Soalan yang menarik perhatian kami ketika sidang media adalah kenapa Faiz Subri tidak diturunkan.
Westwood menjawab beberapa pemain utama Pulau Pinang seperti Faiz Subri dah Azrul Ahmad tidak diturunkan kerana mereka tidak mempunyai kecergasan yang sepenuhnya untuk bermain 90 minit.
“Faiz tidak diturunkan kerana beliau tidak mencapai tahap kecergsaan yang saya mahu. Untuk itu, beliau perlu cergas mengikut tahap yang saya mahukan.”
“Jika pemain itu tidak cergas, saya tak akan bagi dia bermain kesebelasan utama.”
Westwood juga menjangkakan perlawanan mereka seterusnya dalam saingan Liga Super menentang Kedah adalah satu perlawanan yang sukar.
“Menentang pasukan terbaik di liga ketika ini merupakan satu tugas yang sukar. Namun kami akan berikan yang terbaik untuk perlawanan ini.”
Baca juga: Adakah B. Sathianathan Bakal Jadi Jurulatih Baharu FELDA United?