10 Dalil Kenapa ‘Gabungan’ ASEAN Tidak Layak Membida Piala Dunia 2034 (Dan Seterusnya)

Ramai peminat bola sepak di sekitar ASEAN teruja dengan potensi gabungan negara ASEAN akan menganjurkan Piala Dunia 2034.

Pembukaan

AFF sebenarnya disertai 12 negara. Selain 10 negara ASEAN, Timor Leste dan Australia juga menjadi anggota.

Dalam artikel kali ini, kami akan menggunakan terma ASEAN untuk memahamkan pembaca. Walaupun Australia bukan ahli ASEAN!

Sekiranya anda tidak tahu isu

17 Februari yang lalu, Presiden FIFA melakukan lawatan kerja ke Myanmar. Presiden Myanmar, Zaw Zaw membentangkan idea untuk penganjuran bersama Piala Dunia 2034  melibatkan negara-negara ASEAN.

Zaw Zaw berkata:

“Kami sedang membincangkan Piala Dunia 2034. Kalau satu negara ASEAN sukar untuk menganjurkannya, maka penganjuran bersama oleh beberapa negara akan menjadikan perkara ini boleh direalisasikan.”

Ini adalah 10 dalil kenapa gabungan ASEAN tidak layak membida Piala Dunia 2034.

1. (Ong)Kos

Bak kata peribahasa, “segalanya memerlukan duit walaupun duit bukanlah segalanya”.

Qatar Membelanjakan Hampir $500 juta Seminggu Untuk Persiapan Piala Dunia 2022.

Rusia menghabiskan 8.7 bilion pound sterling untuk edisi 2018. Qatar membelanjakan 220 juta Dolar Amerika Syarikat untuk edisi 2022.

Itu baru kos selepas mendapat mandat FIFA, belum lagi kos dihabiskan untuk proses bidaan dibuat.

Negara seperti Australia dan Singapura mungkin boleh membida sendiri Piala Dunia tersebut.

Singapura juga mungkin boleh memilih mana satu rakan kongsi yang mereka sekiranya mereka mahu untuk penganjuran co-host 2 negara sahaja..

Mungkin Malaysia, mungkin Thailand atau kuasa ekonomi yang sedang meningkat naik Vietnam?

2. Fasiliti

Memang benar ada sesetengah negara sudah siapkan fasiliti terbaik untuk Sukan SEA. Bagaimana untuk fasiliti berkaitan seperti tempat latihan, hotel dan perkara berkaitan dengannya?

2018 menyaksikan Indonesia diberi mandat menjadi hos Sukan Asia, adakah wajar kita bergantung kepada fasiliti negara Garuda itu?

Begitu juga dengan Australia yang nun jauh di bawah sana, tak mungkin. Lebih baik Australia saja anjurkan sendiri.

3. Giliran

2026 dilihat sudah pasti Piala Dunia akan ke negara CONCACAF.

Ada persoalan akan timbul iaitu:

Adakah FIFA meneruskan polisi penggiliran mengikut benua atau memansuhkannya?

Jika benar diteruskan, 2030 seolah peluang milik Afrika dan Amerika Selatan menjadi hos. Ini kerana Asia dan Amerika Utara tidak dibenarkan untuk bida.

2034 masih jauh lagi dan sekurangnya 7 tahun sebelum kejohanan, siapakah menjadi hos mesti diketahui masyarakat dunia.

4. Piala Konferedasi

Siapa akan anjur? Pasukan negara mana yang akan membawa nama ASEAN untuk Piala Konferedasi 2033?

Adakah akan ada kelayakan atau tidak? Atau kejohanan itu dibatalkan?

Ia telah menimbulkan kekeliruan kepada semua. FIFA perlu pandang serius perkara ini.

5. Layak terus?

Adakah 12 negara ini akan layak terus ke Piala Dunia 2034? Dalam kata lain, setiap negara akan menjadi ahli bagi setiap kumpulan.

Harus diingat pada ketika itu format pertandingan sudah menggunaka 12 kumpulan, 3 pasukan. Dan juga, FIFA boleh pusingan U pada bila-bila masa sahaja!

6. Perbezaan Masa

Penganjuran di Rusia tahun hadapan menyaksikan lokasi diadakan di 4 zon masa berbeza. Pada edisi 1994, keadaaan ini pernah juga berlaku.

Myanmar, negara paling timur di ASEAN dibezakan 6 jam 30 minit dengan Greenwich. Canberra, Australia pula beza 10 jam dengan Greenwich.

Bagaimanakah untuk pihak media khususnya TV untuk menguruskan perbezaan masa yang sangat ekstrim? Pasti badan media akan memberi poin kepada pengundi di pejabat FIFA kenapakah bidaan ASEAN wajib ditolak.

7. Jarak

Satu gambaran mudah, katakanlah Myanmar menjadi hos kumpulan A. Jerman menjadi juara dan Uruguay menjadi naib juara.

Adakah wajar pasukan tersebut itu keluar ke negara lain untuk pusingan kedua? Contohnya, Uruguay akan menentang Jepun di Timor Leste?

Pasti pening bukan?

Pada edisi 1994, peminat tidak gembira kerana mereka perlu berjalan jauh untuk walaupun satu negara!

Australia pada 2015 tidak memasukkan bandar raya Perth menjadi venue Piala Asia. Alasannya, jarak terlalu jauh.

8. Iklim

Setiap negara mempunyai iklim berbeza. Lihatlah edisi Brazil dahulu, sampaikan ‘cooling-period’ dibuat.

Malah, komuniti sukan dunia memandang serius bagaimana Qatar akan menganjurkan Piala Dunia 2026 kerana iklim negaranya agak panas.

Jika idea gabungan ASEAN ini pula diambil kira, ia melibatkan perbezaan yang sangat ketara di antara negara-negara penganjur.

9. Hubungan Diplomatik

Sedangkan isu hubungan diplomatik antara negara ASEAN pun amat panas, inikan pula mahu mengadapi jutaan peminat bola sepak.

Isu keselamatan jangan dipandang mudah. Anda jangan lupa, sudah beberapa kali Sukan Olimpik diganggu kerana bab keselamatan.

Ini belum menyentuh lagi beberapa negara yang tiada hubungan diplomatik. Pasti suasana akan kacau bilau dan penuh dengan kekeliruan.

10. Siapa akan langsungkan upacara pembukaan dan penutup?

Acara pembukaan dan penutup ini ‘side-dish’ dalam Piala Dunia. Seluruh dunia mahu mengenali apakah budaya diamalkan di negara itu.

Kerja gila dilakukan jikalau 12 negara ini mengadakan upacara ini serentak pada masa sama. Seeloknya satu negara perlu dijadikan hos upacara pembukaan dan penutup.

Tak pastilah pasukan bidaan sudah fikirkan satu tema sesuai untuk upacara tersebut.

Konklusi

Diharapkan idea bidaan 2034 ini bukan menjadi ‘political-mileage’ untuk mana-mana figura terkemuka ASEAN. Harapnya FIFA terus menolak idea bidaan bersama ASEAN 2034 dan seterusnya.

Baca juga: Piala Dunia Dengan 48 Pasukan Akan Dilaksanakan Pada 2026!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN