Syarikat XOX boleh dianggap sebagai salah satu jenama yang sangat berpengaruh ketika ini selepas mereka berjaya melebarkan pasaran tersebut dengan lebih besar dalam suasana bola sepak tempatan.
Tahun lalu, syarikat tersebut secara rasminya menjadi pemilik baharu buat salah satu pasukan bola sepak berpengaruh negara iaitu Perak dengan pelbagai rombakan turut dilaksanakan.
Antara pembaharuan dibuat ketika itu ialah, mereka berjaya menyalurkan dana dengan lebih baik buat Perak untuk menandatangani khidmat import ketika bersaing dalam cabaran Liga Premier 2022.
‘RM1.6 Juta’ – Pengurusan Baharu Perak XOX Bhd Langsai Sebahagian Tunggakan Gajihttps://t.co/m1ykT6A364
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 21, 2022
Rentetan itu juga, segala masalah kewangan dihadapi Perak berjaya diselesaikan dengan baik dan pendaftaran pemain baharu dibuka kembali untuk pasukan tersebut.
Musim ini, kerjasama diberikan oleh XOX selaku pemilik kelab itu menyaksikan Perak berjaya mendapatkan beberapa lagi pemain tempatan baharu bersama khidmat import bagi bersaing dalam aksi Liga Super 2023.
Walaupun begitu, sedikit aneh ketika ramai menyaksikan syarikat XOX yang menjadi Perak dilihat turut menaja beberapa lagi pasukan tempatan lain sehingga menimbulkan persoalan di media sosial.
XOX secara rasminya telah pun menjadi rakan penaja baharu untuk Kuala Lumpur City (KL City) musim ini dan telah pun diumumkan secara rasmi beberapa hari lalu oleh pasukan tersebut.
Menerusi pandangan ramai para penyokong, mereka menganggap ini sebagai sesuatu yang biasa sahaja dan ianya hanya berbentuk tajaan selain berkaitan urus niaga syarikat.
Penyokong Perak, apa pendapat anda apabila entiti yang memilik kelab anda iaitu XOX bekerjasama dengan seteru Liga Super anda sendiri? Berikan komen anda 👀 pic.twitter.com/qGMr56zyej
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) February 12, 2023
“Ianya sama sahaja seperti RedOne menaja Terengganu dan PDRM dulu. Tak ada masalah, ada duit jalan sahaja. Tinggal main cantik tak cantik sahaja.
“Dia bukan macam undang-undang UEFA, tak boleh ada dua penaja yang sama di jersi. MFL tak ketat mana pun, tempek sahaja banyak mana penaja pun,” jelas Muhammad Syah.
Pengguna media sosial iaitu Zayn Md juga turut menyokong perkara tersebut dengan menganggap itu bukan masalah jika sokongan penaja diberikan sepenuhnya.
“Ya rasanya okay saja tak ada masalah pun. Yang penting pasukan tu dapat sokongan tajaan sepenuhnya. Tahun 70an dan 80an lalu Dunhill taja semua pasukan Liga M ok saja,” terang beliau.
Pada masa sama, ada juga segelintir penyokong kurang senang dengan perkara tersebut dengan menganggap tidak perlu ada tajaan sama buat pasukan berbeza.
“Takut ada konflik kepentingan berlaku bila membabitkan perlawanan antara KL City bertemu Perak nanti dalam aksi liga,” luah Nama Aku Puat.
“Sponsor ada banyak lagi, kenapa la dia boleh pilih sama. Malaysia patutnya dah maju. Tapi masih lagi sama,” terang Saiful Nazim dengan rasa kecewa.
Akan Datang❗
Nantikan pek sim ONEXOX edisi khas Kedah Darul Aman FC! #KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2023season #membinaimpianmengupayalegasi #ONEXOX #XOXMobile #OutThereweAreOne #XOXMalaysia pic.twitter.com/ipdldsqFwC
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) February 13, 2023
Selain menjadi rakan penaja untuk KL City, terbaharu XOX juga dikhabarkan turut menjalinkan kerjasama baharu bersama Kedah Darul Aman (Kedah) dengan mengeluarkan sim istimewa buat para penyokong Sang Kenari.