AS Roma Guna Kuasa Viral Pengumuman Pemain Untuk Hebahkan Pencarian Kanak-Kanak Hilang

AS Roma Menggunakan platform media sosial mereka dengan cara yang tersendiri dalam membantu khidmat masyarakat.

Pasukan tersebut telah menggunakan pengumuman pemain baharu dengan meletakkan notis khidmat masyarakat di sebelahnya.

Pada hari ini kuasa media sosial sememangnya sangat kuat. Bola sepak merupakan sukan no.1 di dunia. Pada tempoh jendela perpindahan, ramai peminat mengikuti perkembangan sesuatu perpindahan dengan dekat – termasuk penyokong pasukan lawan.

Oleh itu AS Roma menjadikan platform media sosial mereka untuk memberikan kesedaean tentang sesuatu perkara berkaitan dengan khidmat masyarakat, membantu mencari kanak-kanak yang hilang.

Semalam mereka mengumumkan Leonardo Spinazolla sebagai pemain baharu mereka dengan iklan pencarian kanak-kanak hilang di sebelah kanan.

Roma juga menyatakan sepanjang perpindahan musim panas ini, semua video pengumuman mereka akan diletakkan iklan khidmat masyarakat – kanak-kanak hilang.

AS Roma telah bekerjasama dengan pertubuhan kebajikan – National Center for Missing & Exploited Childrens. Satu organisasi yang menjejak kanak-kanak hilang atas pelbagai sebab termasuk yang menjadi mangsa pemerdagangan dan eksploitasi.

Tindakan AS Roma ini mendapat pujian daripada ramai pihak. Mereka juga bangga kerana tenyata komuniti bola sepak boleh menggunakan populariti sukan tersebut demi membantu masyarakat.

Mungkin selepas ini, langkah AS Roma ini akan diikuti oleh kelab lain termasuk yang ada di Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN