AS Monaco Akhirnya Hadiahkan Kemenangan Yang Dinantikan Thierry Henry

Thierry Henry

Thierry Henry akhir berjaya menikmati kemenangan sulung selaku pengurus AS Monaco selepas skuad bimbingannya menundukkan Stade Malherbe Caen 1-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stade Michel d’Ornano.

AS Monaco memerlukan tujuh perlawanan untuk menghadiahkan kemenangan buat Henry dan beliau harus berterima kasih kepada sepakan percuma Radamel Falcao pada minit ke-55 yang terus menerjah gawang bagi menewaskan penjaga gol Caen, Brice Samba.

Thierry Henry yang dilantik sebagai pengurus pada 13 Oktober lalu dilihat bergelut  untuk memberikan hasil yang positif buat AS Monaco selepas mengalami empat kekalahan serta mencatatkan dua keputusan seri pada enam aksi terawal (termasuk saingan Liga Juara-Juara Eropah) beliau membimbing kelab tersebut.

Keadaan yang mengakibatkan Monaco terhumban ke zon penyingkiran buat masa ini. Kemenangan yang dicatatkan bertemu Caen itu juga masih lagi tidak mampu menjarakkan dari dari situasi genting tersebut.

Ia juga turut dirasakan dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah apabila AS Monaco kini berada di tangga terbawah kumpulan A dengan hanya mengumpul satu mata. Bagaimanapun satu mata itu disumbangkan ketika Henry sudah mengendalikan pasukan.

”Kejayaan ini adalah satu kelegaan yang besar buat kami. Kami memerlukannya.”

“Saya gembira dengan pemain, peminat. Kemenangan ini memberikan kami sedikit ketenangan, tetapi ia baru sahaja bermula dan kami masih di zon penyingkiran.”

”Masih banyak lagi persaingan yang akan kami perjuangkan.”

Misi Thierry Henry diteruskan lagi pada pertengahan minggu ini apabila AS Monaco akan bertemu Atletico Madrid di Wonda Metropolitano dalam saingan Eropah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN